Saturday, February 26, 2011

PENOREH GETAH BECOME MILLIONAIRE

as salam.. lama da aku xwat entry.. merajuk ngn nuffnang sebernarnyerrr....

-----------------------------   damnnnn   --------------------------------

hahaha.. siot jer kan.. tapi tetiba pagi ni ak terasa nak tulis.. pendek jer pon... korg ader bace berita harian x rini.. ader berita best giler ..


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
perghhhhh... 3 ari dapat RM 2 200... try calculate brape sebulan penoreh le dapat ... jap erk nak kira.. hehe

cincai r.. kira2 dalam RM 20 000 ... 2 secara gross r.. klu tolak cost minyak moto.. opsss maybe skg dorg nek mpv or suv or watever la.. pluss ngn ubat nyamuk utk menghalau nyamuk.. serta makanan tambahan mengisi perut.. geli2 dorg le dapat income setinggi more than RM 5 ribu sebulan..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

pas ni ade r plak kt skola bile cikgu tanye kt anak murid .. konon - konon nya la

"apa cita-cita kamu amat" tanya cikgu

"penoreh getah cikgu" jawab amat.

"??????" cikgu

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

rezeki ALLAH ada dimana2 kn.. x kira r org 2 berpelajaran tinggi sampai peringkat Phd ke .. ataupun sekadar lepasan SPM .. or below than that.. semuanya ketentuan ALLAH..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

pasni fresh graduate yg menanam anggur secara tetap dan sambilan le la apply kerja .. hehe.. yela skg kije sush or nk dpat..

ape ak ngarut ni.. da la krg korg bengang plak ngn aku.. hahaha.. korg usha2 r brita harian rini .. kt SINI ...
klu x puas ati le la bertemu ngn penoreh getah tegar yg berhampiran ngn tempat anda.. bru puas ati kn.. pas2 mintak r part time.. kekeke.. adiossss

"kak beli la kak murah jer ni" 2 org wanita
"x mo r kak .. " jutawan toreh

www.tips-fb.com

Tuesday, February 22, 2011

nuffnang

as salam.. wokey.. entry kali ni aku nak citer pasal nuffnang.. sebabnyer aku x penah dapat lagi burit buffered earning.. huhu.. macm2 da ak wat.. and sebagai conclusion nye.. yaaaaa.... plus dengan idea member aku.. aku mesti menulis sesuatu berkaitan dengan nuffnang.. hahaha... korg jgn marh tau.. aku tau rmi da alert dan arif tntg nuffnang nie... tp aku terpaksa jugak tulis entry ni.. hmmm x tulis pn.. aku rembat entry membe aku.. hahahaha... korg x yah bce pn xper.. 



Ok, Jom Kita Start dari Intro Dulu.. ~ Apekah Maksud Nuffnang

Nuffnang ni sebuah syarikat pengiklanan Internet di Malaysia.Nuffnang akan menawarkan perkhimatan menyewa tempat iklan di blog-blog korang punya..dan kita ni sebagai publisher ye. Nuffnang akan meletakkan iklan mereka di blog kita dan kita akan mendapat duit sekiranya visitor blog kita klik pada iklan berkenaan..contoh kalau kau masuk blog sape,tetiba ade iklan kan??? haa..lebih kurang mcm tu lah.lepas tu ade pulak yang klik kat iklan tu kan,memang masyukkkkkkkkkkkk ah..sikit2 lama jadi bukit ye.
Tengah2 Korang sengkek leh gak tambah pendapatan.. kan kan..


NI bUkan aku Punya!!!


Macam Mana Korang Nak dapat earning Nuffnang

Terdapat 3 jenis pengiklanan yang disediakan oleh Nuffnang iaituCampaign(CPC), Buffered Earnings dan Advertorials. Ini penjelasan yang secara ringkasnya :  

CPC (Cost per click)

* Earning anda adalah berdasarkan click visitor korang kepada iklan korang. Iklan ni selalu ada pukul 12 tengah malam dan 12 tengah hari. So nasihat2 kan lah visitor korang supaya klik korang punya iklan.. 

CPM (Buffered earnings)

* Earning ini adalah bagi blogger yang mempunyai unique visitor yang maintain 200+ sehari. Earning ini dimana advertiser akan berurusan dengan pihak Nuffnang untuk menyewa tapak di blog kau dengan mengikut bilangan unique visitor korang.
* Contohnya Celcom tertarik dengan blog kau dan dorang nak  menyewa untuk 200 UV sehari selama seminggu. Jadi tiap -tiap hari bermula pukul 12 tengah malam iklan nie akan muncul di blog korang dan akan hilang bila UV korang mencecah 200 UV pada hari tersebut.
* Iklan ini selalu berlangsung selama 1 minggu. biasanya lah
* Jika ada visitor yang mengKlik iklan ini korang juga akan mendapat earnings untuk CPC bagi iklan ini secara automatik.  dikira sekiranya iklan yang diklik melebihi 0.2% daripada nilai keseluruhan BE kau.
* Jika tidak earning untuk CPC tersebut akan burn. 

Kenyang lah korang kalaw dapat advertorials nie..

Advertorials

* Ini merupakan earnings yang sangat advance di dalam Nuffnang Earning nie merupakan sesuatu yang confidential dimana diaorang yang mendapat earning ini tidak boleh mereveal nilai earnings dorang.
* Format earnings ini pula adalah di mana jika ada Advertiser yang tertarik dengan blog korang dan2 plak korang punye bilangan UV yang tinggi sebab dorang akan beriklan dengan korang.
* Caranya ialah korang mestilah menulis 1 post berkenaan produk terbaru dorang ataupon berkenaan website dorang.
* Earnings ini paling masyuk sebab nilainya boleh menjadi beratus-ratus satu post dan mungkin menjadi beribu-ribu satu post.
* Untuk mendapat iklan ini korang perlulah mempunyai UV yang sangat tinggi dalam masa sehari dan mempunyai content blog yang menarik. (UV tak sure plak berape ramai sehari)
* Contoh iklan advertorials nie korang boleh tengok post berkenaan Jipaban di blog Beautifulnara dan Hanis Zalikha nie. Confirm korang akan jumpa.tak caya? pergi lah tengok..tak tipu 

Apa bende Buffered Earnings Dan Metered Earnings
Buffered Earnings biasanya korang akan dapat sekiranya visitor korang melebih 100 uv-200 uv sehari.Pihak pengiklanan akan memberi ruang iklan di blog korang melalui Nuffnang dan iklan berkenaan akan sentiasa terpapar di blog korang sehinggalah habis page impression yang diberikan oleh pihak pengiklanan.

Contohnya,Celcom memberikan ruang iklan kau dengan harga RM50 untuk 10000 page impression,jadi korang akan dapat RM 50 setelah page impression blog korang melepasi 10000. Bagi memudahkan korang dapat duit hari-hari, jadi pihak nuffnang akan membahagikan page impression dengan jumlah harga iklan itu supaya akaun korang akan mendapat duit setiap hari. Iklan Celcom itu akan bertukar menjadi Metered Earnings setelah blog korang melepasi page impression yang dibeli oleh pihak Celcom.best tak??? hehe..masyukkkkkkkkkk

Cara Mendapat Buffered Earnings
Untuk mendapat Buffered Earnings, blog korang perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Nuffnang. Aku pun tak bape tahu syarat-syarat untuk mendapatkan Buffered Earnings ini dengan jelas dan tepat hehe tapi yang aku tau blog korang mesti mendapat visitor sekurang-kurangnya 100-200 uv sehari.

Selain itu, korang kena mengemaskini biadota dan survey mengenai blog korang di akaun Nuffnang korang. korang kene rajin2 gak kemas kan ape2 yang patut kat account nuffnang korang,jangan pemalas ye!. sebab nye,pihak pengiklanan akan melihat biodata dan survey yang korang buat sebelum memilih untuk beriklan di blog korang..

So rumusan yang korang leh wat adalah...
* Mesti mempunyai visitor sekurang-kurangnya 100 uv sehari
* Mesti mengisi dan mengemaskini biodata diri di Nuffnang(ada dibahagian Blogger Bio)
* Mesti update blog survey di Nuffnang(ada di bahagian Manage Blog)..carilah oke ade punye
* Sekiranya masih tak dapat BE, try lah hantarkan email ke Nuffnang
Berpeluh gak nak dapatkan UV 100 ++.. hakhakk (ni la muka membe aku.. wakakaka)
Actually, banyak lagi cara2 otai untuk mendapat kan earning yg tinggi.. Korang google je.. Aku Pon new bie gak.. Benda ni sbgai peransang jer bagi aku.. Ape Pon Jom Berblog... Nak TAw rahsia Yg len.. nAnti aku google lagi.. 
Ok lah, selamat bernuff walking dan satu perkara lagi.. lupa nak gtau.. klu da ade nuffnang mesti ader churp churp punye.. churp churp adalah anak syarikat kepada nuffnang.. so korg le doublekn income dalam satu blog.. nnti citer laen plak pasal churp churp yer... adiosssssss

i luv nuffnang



www.tips-fb.com

Monday, February 21, 2011

aku nak bli kereta dengan duit nuffnang

hahaha... biar betikkkk.. btolll lllaa... dimana ada usaha disitu ader highway... korg kne r rjin2 tekan nuffnang aku.. konpem aku tekan bertubi2 nuffnang korg.. xcye try r.. 

aikk ... maen belakang nampak.. hehehe...

tapi korg nk tau x.. nuffnang aku skg bru mencecah ke angka RM 0.80  .... HAHA.. roti canai pon sehinggit der... fuh hhhh tu la masalahnyer... camner erkkkk...



terpakse la aku carik side income laen...


masih dalam pencarian.. 

www.tips-fb.com

Sunday, February 20, 2011

rahsia menjadi kaya

As salam... morning sume... klu korg blum bgun .. bangun la cepat.. sebb bangun pagi ni pun slah satu dari punca kekayaan.. klu bgun je x solat subuh pun x gune gak.. hehehe... ok aku nak citer ckit psal satu buku nie... bende ni aku jumpe mase tgh cari artikel berkenaan org2 terkaya di malaysia.. tgh godek2 tbe2 aku terjumpe satu laman web ni..



actually website ni bukan hak milik albukhary org ke 7 terkaya kt malaysia.. tapi hak milik peribadi seseorg yang mengabadikan nama albukhary sebagai idolanya... kt website ni ader jual ebook rahsia kekayaan ..dan aku telah membelinya... x mahal beb.. RM 10 jer hahahaha... 

aku nak review ckit pasal ebook ni... ebook setebal 71 page ni menceritakn hakikat sebenar kekayaan dan mengapa dan kenapa kita ni bekerja sepanjang hayat.. bertungkus lumus tapi x dapat lari dari kemiskinan... kemiskinan ni sebenarnya menghampiri kekufuran. try korg check sahabat nabi kebanyakannya kaya2... 

ok stret to de point r senang citer... karang korg bosan plak aku mengarut panjg2.. hhehe.. wokeh.. ebook ni terbaekkk r..lebih kepada keagamaan.. of coz r..  ni pengalaman penulis 2 sendiri mengenai kehidupannya... antara rahsia yang beliau sendiri explore tuk jadi kaya ialah..

first of all jangan sesekali tinggalkan solat.. plus amalkan solat dhuha.. tau kn cara dan kaifiat solat dhuha.. korg le check it out kt pakcik google.. amalkn membaca al quran.. baca surah al waqiah setiap hari.. dan jangan kedekut untuk bersedekah.. or derma r.. sekali kita menderma Allah akn gandakan nilai derma ... x percaya korg try r.. aku skali.. hehehe.. 

klu nk lebih detail korg try r usha2 kt website berkenaan.. byk gak artikel yg menarik.. le post kt gengbloggers.. cehhh promote plak aku.. target aku kaya sebelum umor 30... hahahaha korg plak.. xkn xnak jdi kaya kot.. tapi jadilah org kaya yg dermawan.. adiosssss 

www.tips-fb.com

santai hentai

As salam.. rasanya da lama gak ak x update blog ni.. blog ni bukan gempak pon.. bukan ape.. saje je sebenarnye.. asik blog walking jer.. nak gak men pes ker.. kuar jalan2 ker ... hahaha... sori r kepada sesiapa yang menantikan kisah dramatik aku.. hobi aku semasa tiada aweks.. mesti korg menyirap kn... aku pon menyirap gak.. menyirap bukan melantak ayaq sirap yerr....

rini entry aku just santai hentai mantai.. aku tadi g makan kat hakim seksyen 7... korg tau kan restoran hakim yang agak femes kt shah alam.. time ader match bola cam nk runtuh restoran 2... serve first klas beb.. ko bru parking moto para waiter berketurunan nepal dan indonesia sudah memanggil2 korg... pas2 makanan pon sodap beb.. selama aku makan kt situ jarang r dorg terforget pesanan korg yg agak keterlaluan di kedai bertaraf mamak... otak dorg power beb... da 2 mesra kot dorg... walaupun kdg2 aku x baper phm diorg ckp.. aku ckp pn dorg bukn pahm...

td ader match chealshit vs everton... chelshit kalah siot.. evendo aku bukan fan dorg tapi ade gak r rse bengang bile team gempax cm chealshit dengan mudah tewas kepada pasukan bawahan.. td FA cup bukan EPL... xrmi yg hadir tadi.. mungkin sebb prestasi hambar chealshit skg.. klu korg ambil tau r pasal perkembangn EPL.. hehehe

tapi time MU maen ... perggggghhhhh rmi giler 2 yg turun.. tadi time aku ngan member aku... aku berdue jer ngn member aku.. laki beb... aku kn single .. hahaha... time nak order da ader org cop or reserve tempat utk match MU satg... mase kitorg nak memulakn perjalann pulg pon rmi da kebanjiran fan2 MU yg memnuhi bangku dan kerusi di restoran hakim... best sangatkah MU... ???????????

kan aku da ckp fan dorg bersepah... buktinyaaa..
pasal entry hobi time xder awek sok la aku continue... mlm2 x syok r layan2 feeling... huhu.. byk sgt da aku mengarut nie.. krg tension plak korg bace... sori beb.. k la adiosss ...


www.tips-fb.com

Thursday, February 17, 2011

ARSENAL vs BARCA result



VIDEO HIGHLIGTS


                                                      

www.tips-fb.com

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul



Sempena dengan kedatangan 12 rabiul awal 1432 hijrah.. tarikh kelahiran junjungan besar nabi kita.. marilah merenung kembali dan mengambil berat wasiat terakhir nabi .. semoga kita semua dapat melaksanakannya... aminnnn.. 


Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. 

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang. 

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. 
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain.

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. 
Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.



www.tips-fb.com

Sunday, February 13, 2011

pengalaman beli dinar emas 3

as salm.. hehe  aku kembali lagi.. sori r .. aku sibuk ckit sejak akhir2 ni ... ak kije part time.. nak tau kije aper.. nnti aku citer.. sakit gak badan.. huhu.. tapi xper asal dapt pulus.. le la isi poket.. student la katakan.. 

wokey berbalik kepada criter emas.. mule2 aku rembat public dinar  1 biji.. pas2 2 biji plak... total aku da ader 3 biji.. sume dinar public gold ... sebenarnye niat aku nak p pajak kt ar rahnu.. tapi x ckup ilmu lagi.. byk lagi kne blaja.. so ak hold dlu.. klu kene ngn carenye emas kite le jadi berganda tuuuu.. hahahha... 

ni antara institusi yg ada khidmat ar rahnu.. 

ar rahnu agro bank
pure ar rahnu institution
ar rahnu bank rakyat


aku citer ar rahnu ni korg tau ke.. actually ap function institusi ni..  ok 
ar rahnu adalh satu skim pajak gadai secara islam.. di mana bank memberi pinjaman wang secara SYARIAH .. manakala pelanggan mengemukakan barang kemas / emas sebagai cagaran ... barang tersebut disimpan oleh bank dengan mengenakan upah simpan. 

senang citer sistem dia camni.. korg ader emas kt tgn.. korg nk cash.. nk wat busines... x kish r korg nk wt ape pn.. korg pajak kt ar rahnu.. korg akn dpat 65-70 % cash dari nilai emas .. setiap bulan institusi akn caj upah simpan untuk tempoh 6 bulan pada kadar RM0.60 untuk nilai RM100 nilai emas (70% pinjaman). 

korg le renew tempoh pajak selepas 6  bulan pertam utk 6 bulan kedua.. nilai emas kite kt bank mengikut harga emas dunia.. yg pasti emas sentiasa naik.. so kite da untung

cara tebus emas kite selepas 6 bulan pertama.. klu xnak continue ialah dengan membayar nilai 70% yg kiter pinjam tambah dengan upah simpan. then kite dapt balik emas kite..




ar rahnu agrobank adalah yg terbek.. ak dgr citer drp otai2 pajak gadai.

sistem ar rahnu ni bebas daripada riba spt yg diamalkn oleh bank konvensional.. inilah cara pinjam yg nabi ajar

continue di laen waktu.. adiossss
www.tips-fb.com

Thursday, February 10, 2011

hobi masa xder awek..

as salam.. hahaha.. agk pelik entry kali ini.. bukan mencari simpati sekadar ingin mengenang kish silam aku.. hahah..  1 years ago.. ak bru clash ngn awek ak.. bukn clash sebrnrnye.. tapi kene dump.. huhu.. sedih siot.. mase 2 ak da x keruan.. cm cipan pon ader.. memg dunia gelap r mase 2.. hampeh tul la.. haha.. dengan kesunyian yg melanda diri aku .. aku bertekad mencari something yg dpt melarikn ak daripada musibah ini.. hahaha.. 

tu bukan putus.. tu buang sayang.. x gi skola ker..


ala.. gua x heran.. hahaha

but actually dalam ati tuhan saje yg tau.. nak je aku gigit sume semut yg mase 2 berkeliaran di jalanan..
haha..

.
.
.
.
.
.
.

dan ini akibatnyer.. hahaha padan dgn muko eden

melepak di bawah pohon kayu... sunyi r 2..

tapi ader 1 perkara yg aku bengang


APE SALAH AKOOOOOOO!!!!!!! kn da jadi budak hijau..


to be continued ...............................


www.tips-fb.com

padah tidur lewat dan bangun lambat

hurmmm .. aku pon nak tau kenapa... "JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.


Punca utama kerosakan hati adalah:

1.   1.  Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
2.  2.  Tidak buang air kecil di pagi hari.
3.  3.  Terlalu banyak makan.
4.   4. Tidak mengambil sarapan.
5.   5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
6.   6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
7.   7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun  makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
8.   8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
9Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ....
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm - 11pm)
adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.
Malam di (11pm-1am)

 Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (1am - 3am)

proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (3am - 5am)

proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am)

proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am)
Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am 
juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.aku sekarang pun dah mula tidur awal sebab aku nak bangun subuh!! baru la xrase macam buang mase & solat subuh pun xde la tertinggal kn.lagi2 bile tiime dah x sekolah nie kan,asik terlajak jer solat subuh aku,dan memang makin menjadi la tidur2 lambat ni.huhu

pasni korg nk tido lewat lagi x.. hehe.. aku xmo daaa.. tobatt.. 
adiosss

www.tips-fb.com

Wednesday, February 9, 2011

pengalaman beli dinar emas 2

as salam .. ni adalh sambungan entry pengalaman beli dinar emas .. hehehe.. just nk tnjuk gmbr jer.. berlagak ckit.. cehhhhh.. unfortunately dirham perak xdak r skg.. ad kt umh.. nnti2 la aku tnjuk.. hehehe.. ak beli mase 2 rege nya lbh kurg rm615 .. skg emas sdg dlam keadaan x menentu .. aku newbie lgi.. byk lgi bende nk kne blaja .. emas ni ada macam2 jenis bentuk dan pengeluar... tapi ak lebih prefer kpd syiling dinar emas dan dirham perak .. xkish r maner2 distributer.. asl karat die 916 or 999.. 
karat ni bermakna keaslian emas tersebut.. macam emas 999 o org called emas 10 ... 100 peratus emas tulen tanpa campuran logam laen.. jadi dia besifat lembab lembik sedikit.. 


 aku angkt dinar ni coz ni je la y aku mampu bli stakat ni.. pasni klu ader duit lebih ak ingat nk agkt lagi besau r.. 5 or 10 dinar .. wakakaka


lupa plak nak gtau.. ni mas keluaran public dinar under public gold.. spec die sperti di dalm gmbr y terbalik .. hahaha


simpanlah emas utk masa depan yg kita semua xtau apa yg bakal berlaku nnti.. prepare yourself 


aku sebenarnyer ader bende lagi nk citer.. xpela.. nanti kan entry y seterusnya.. adioss.. 
www.tips-fb.com

Tuesday, February 8, 2011

pengalaman beli dinar emas


sekom and selamt pagi semua sahabat.. entry kali ini agk menarik coz ak nk criter pasl ak beli emas dalam bentuk syiling dinar... shhhh bahaya ooo ckp kuat2.. hehehe.. ak rase terpanggil utk bli emas and also perak lepas terbaca hadith ni.. 


dan aku bayk gak r wt reseach pasl bende ni.. mmg x rugi kiter bli emas n perak.. Dr mahathir pn ade pesan .. x byk pn ckt asal kter ad simpanan emas..

antara reason ak bli emas n perak adalh


1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya dijamin oleh Allah dan nabi
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

tanpa kita sedar actually hidup kita skg dpenuhi dengan unsur riba.. duit kertas yg kita guna seharian juga mengandunginya. riba ialah perkara terakhir yang di turunkan didalam alquran dan menjadi misi bagi golongan jahat utk memastikan setiap manusia terlibat dengan riba.

Surah Al-Baqarah 278-281 

 ok nntikan smbgn entry ni mlm krg.. ak ad kerja ckit nk buat.. nnti ak publish kt korg gmbr syiling dinar y ak bli .. hehe.. ok adios 
www.tips-fb.com

20 TABIAT MEMBUANG MASA


  1. Tidak mempunyai matlamat
  2. Tidak merancang kerja
  3. Tidak melaksanakan rancangan 
  4. Menangguh-nangguhkan kerja 
  5. Menunggu hingga ke saat akhir
  6. Kerja ringan buat ramai-ramai 
  7. Menunggu orang yang tidak penting 
  8. Mengikut kawan tanpa tujuan sendiri 
  9. Buat terlalu banyak kerja dalam satu masa 
  10. Bekerja apabila disuruh sahaja 
  11. Tidak pandai menyimpan barang sendiri 
  12. Tidak guna alat yang memudahkan kerja 
  13. Malu bertanya 
  14. Belajar ditempat yang tidak sesuai 
  15. Belajar pada masa yang tidak sesuai 
  16. Membebel 
  17. Membuat kesilapan yang sama 
  18. Tengok TV terlalu lama 
  19. Mengelamun
  20. Bersembang kosong.
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...