Tuesday, July 19, 2011

rahsia no kad pengenalan anda



Nombor kad pengenalan Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan.

Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki.Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.

SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN:-
Johor 01,21,22,23,24
Kedah 02, 25, 26, 27
Kelantan 03, 28, 29
Melaka 04, 30
Negeri Sembilan 05, 31,59
Pahang 06, 32, 33
Pulau Pinang 07, 34, 35
Perak 08, 36, 37, 38, 39
Perlis 09, 40
Selangor 10, 41, 42, 43, 44
Terengganu 11, 45, 46
Sabah 12, 47, 48, 49
Sarawak 13, 50, 51, 52, 53
Wilayah Persekutuan (KL) 14, 54, 55, 56, 57
Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58
Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16
Negeri Tidak Diketahui 82

*** kod negeri tu asal nyer ikut susunan alphabet nama2 negeri. tapi, sebab da ramai sangat rakyat, nombor tu da di tambah...skang ni, setiap negeri ada 2-5 kod masing2***
www.tips-fb.com

11 comments:

Encik JI said...

bru ku taw. hehe

Wyna Nubies said...

As Salam,

ouhh..camtu rupanya.... :)

Meck said...

aku lahir kat brunei tgh2 60 hehe

♥cikmOt♥ said...

nak share la nanti...thanks for da info...

aida4eva said...

oooooooo~

:D

http://aida4eva.blogspot.com

somebody said...

informasi yang berguna

sabree hussin said...

makin lama orang makin ramai. sistem numbering pun kena ubah sikit

Cik Cahaya said...

Makin ramai rakyat malaysia..hehehhe~~

Anonymous said...

Sistem ni ada hadnya, 999 kelahiran anak satu jantina di satu negeri dalam 24 jam.

Apa akan jadi kalau 1000 kanak-kanak lahir di satu negeri, sama jantina dalam tempoh 24 jam. Mesti akan ada No. KP yang bertindih.

So....

Muaaz Eddy said...

Tul sye setuju

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Menarik, baru tau rupanya nombor tu ada makna.

Petua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...