Friday, May 27, 2011

MAHARAJA LAWAK MINGGU 9

















www.tips-fb.com

FENOMENA ISTIMEWA MATAHARI DI ATAS KAABAH

PELUANG MENYEMAK ARAH KIBLAT



matahari akan berada tepat di atas kaabah pada 2 tarikh setiap tahun

waktu Malaysia
28 mei  5:16pm
16 julai 5:28pm

more detail download this brochure : http://www.falak-online.net/download/istiwamataharikaabah.pdf

kredit to : falak-online.net


www.tips-fb.com

MAHARAJA LAWAK MINGGU 8



















www.tips-fb.com

Kenapa Malaysia Memerlukan Kilang Memproses Nadir Bumi Lynas

Assalamualaikum.. aku ada satu info penting tuk kita especially tuk rakyat kuantan dan kemaman... entry ni diambil dari blog ariffshah.com ..


LOKASI KEJADIAN : GEBENG , PAHANG



Kecoh tentang pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. video  dirakam dalam bahasa Malaysia oleh seorang warganegara Australia sendiri berkaitan isu ini. Kalau dah sampai macam tu, nampak sangat perkara ini bukanlah perkara yang remeh.

Setelah membaca artikel berkaitan Rare Earth Elements di laman National Geographic, Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impak yang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.

Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.

Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.

Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.

TETAPI

Apa yang bodoh aku lihat dalam projek ini ialah:
  • Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.
  • Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.
  • Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?
  • Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
  • Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.
  • Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.

Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):
  • Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
  • Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
  • Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
  • Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.

Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:
  1. Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
  2. Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
  3. Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

Video berikut dibuat oleh seorang rakyat Australia yang peka terhadap isu ini. Hayati dan cuba fahami mesej yang ingin dia sampaikan:






p/s : Pesanan daripada ariffshah.com. Kepada blogger lain yang mempunyai rasa tanggungjawab, sampaikan maklumat ini melalui blog anda. Copy paste dibenarkan. Harap usaha kecil sebegini dapat mengubah sesuatu.
www.tips-fb.com

Tuesday, May 17, 2011

CINTA MELODI





Assalamualaikum... first of all , actually ari ni aku nk wat entry tapi xdak idea.. then aku try r usha kt google insight... try tgk trend org2 kt Malaysia ni.. apa dorg dok search kt internet ni last 7 days ni... "Cinta Melodi". bende 2.. aku tanya membe aku... dia ckp citer sinetron kt astro ria skg.. oooo patut la....

apa yang best sangat citer ni... aku try r google.. no wonder la... da la awek lawa.. ost pn sodap... ni ha lagu original die... jom layan... 


ni plak OST tuk CINTA MELODI



p/s : nak opinion korg.. mane lawak .. awek jepon  ke awek indon?
kredit : You Tube
www.tips-fb.com

Monday, May 16, 2011

TIPS DIET


Kesihatan adalah sesuatu yang amat berharga dalam dunia masa kini yang terdedah dengan berbagai ancaman penyakit dan masalah kesihatan. Punca utama musibah ini adalah hasil dari gaya hidup yang tidak sihat serta amalan pemakanan yang tidak bijaksana.



Gaya hidup yang lebih kepada pemuasan nafsu syahwat tanpa batasan (seks rambang) telah melahirkan penyakit Aids yang sehingga kini belum ditemui penyembuh muktamad. Pemilihan pemakanan yang tidak bijaksana akan mendedahkan manusia kepada pengumpulan bahan kimia, toksik, racun di dalam tubuh badan.
Malah yang lebih dahsyat, manusia sudah mengamalkan makanan luar tabii dengan menzalimi berbagai jenis haiwan yang bukan tergolong sebagai haiwan yang boleh dimakan. 


Justeru.....kembalilah kepada pemakanan semulajadi dan berfitrah. Amalkanlah gaya pemakanan sihat.. 






  • Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.








  • Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".









  • Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.








  • Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.








  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan    dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.








  • Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.








  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.








  • Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.








  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.








  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi








  • Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.









  • Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.









  • p/s : 
    Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. sekurang-kurangnya anda telah menunaikan kewajipan iaitu menjaga kesihatan tubuh badan.



    kredit : cvtampang







    www.tips-fb.com

    Saturday, May 14, 2011

    MAHARAJA LAWAK MINGGU 7























    www.tips-fb.com

    Thursday, May 12, 2011

    Jejaka Hartawan

    TIDAK hanya diserikan dengan penampilan si hartawan jelita yang bijak tetapi dunia juga didiami ramai lagi hartawan muda yang rata-ratanya belum mencapai usia 40 tahun. Menariknya, ada di kalangan hartawan muda ini mengumpul kekayaan dengan mencipta sesuatu yang kemudian menjadi satu kepentingan dalam kehidupan orang ramai. Antara yang disenaraikan sebagai antara hartawan muda ialah: 


    Mark Zuckerberg






    Pada usia 26 tahun, pengasas Facebook itu dikatakan bernilai RM40 bilion. Zuckerberg memiliki 24 peratus saham laman web sosial itu. Dia kini memegang jawatan sebagai Ketua Eksekutif dan Presiden Facebook, yang diasaskan bersama tiga lagi rakan sekelasnya ketika belajar di Universiti Harvard pada tahun 2004.


    Sergey Brin dan Larry Page






    Brin, 35 dan Page, 36, berjumpa dalam satu program sains komputer di Universiti Stanford dan kini masing-masing bernilai RM35.6 bilion setiap seorang sebagai pengasas enjin pencarian terkenal, Google. Mereka tercicir daripada meneruskan pelajaran ke peringkat doktor falsafah pada tahun 1998 untuk memulakan Google daripada garaj seorang rakan. Google akhirnya menemui orang ramai pada tahun 2004.

    Sheik Mansour Bin Zayed Al Nahayan







    Berusia 39 tahun, Sheik Mansour, yang juga salah seorang kerabat diraja Emiriah Arab Bersatu, membelanjakan RM891 juta untuk memiliki kelab bola sepak Manchester City. Memiliki kekayaan bernilai RM14.5 bilion, Sheik Mansour pernah menyelamatkan bank Britain dengan pelaburan tunai sebanyak RM14.8 bilion.

    Daniel Ziff







    Bersama-sama dua abangnya, Dirk dan Robert, mereka melabur dalam hartanah, hutang korporat dan ekuiti menerusi Ziff Brothers Investement. Syarikat penerbitan yang diwarisi daripada bapa mereka berkembang menjadi konglomerat media dengan menerbitkan pelbagai majalah. Memiliki kekayaan bernilai RM10 bilion pada usia 37 tahun, Daniel dan dua abangnya menjual 95 peratus daripada perniagaan mereka kepada Forstmann Little pada harga RM4.1 bilion pada tahun 1994. Hari ini dana keluarga itu dikatakan bernilai lebih RM29.7 bilion.

    Putera Albert von Thurn und Taxis







    Pernah termasuk dalam senarai hartawan dunia pada usia lapan tahun, putera Jerman itu secara rasmi mewarisi kekayaannya pada Jun 2001, sempena hari jadinya yang ke-18. Memilik kekayaan dianggarkan bernilai RM6.2 bilion, aset Albert, 25, termasuk hartanah, lukisan, syarikat teknologi dan 30,000 hektar tanah di Jerman.



    kredit : berita harian 
    www.tips-fb.com

    ROGER HAGREAVES

    Assalamualaikum. nak tau apa bende carian google yang terbyk hari ini.. ialah roger hagreaves
    ni die buktinye.. kalo korg x percaya la....



    siapa mamat roger hagreaves ni? jutawan ker... makhluk asing ker... yang pasti kedua2 nya bukan jawapannya.... 

    mamat ni femes gak beb.. sampai google celebrated something pasal die.. korg ade prasan menatang ni x time korg bukak google ... haaaaa.... ni semua menatang ciptaan mamat ni la


    ni serba sedikit mengenai biodata beliau yang aku kopi dari ashgive.blogspot.com . kredit to you bro....

    Roger Hargreaves atau Charles Roger Hargreaves (9 Mei 1935 - 11 September 1988). Beliau adalah seorang penulis dan pelukis buku kanak-kanak yang tersohor..... hasil penulisan dan katun beliau telah menjadi sebahagian budaya popular selama 25 tahun di barat sana.. buku beliau telah di translet sebanyak 20 bahasa di seluruh dunia..

    Pada tahun 1975 dia menghasilkan siri animasi Mr Men Show, MrTickle yang disuarakan oleh Arthur Lowe(pelakon popular beritish zaman 70an).. lepas tu Hargreaves menghasilkan pulak seri Little Miss yang mula muncul di televisen pada tahun 1983. Walaupun Hargreaves banyak menulis cerita anak-anak namun dia terkenal sebab Mr Tickle dan Little Miss.



    ni aku titipkan vid pasal Mr Tickle dan Little Miss . kredit to You Tube




    p/s : sekali skala nak tau gak apa yang org google tiap2 ari kan... adiossss

    www.tips-fb.com

    Wednesday, May 11, 2011

    OSAMA , OSAMA DAN OSAMA LAGI !!!




    Assalamualaikum.. x abih2 lagi criter pasal obama ni.. opsss silap osama.. bukan aku je tersilap.. ko tengok pemberita ni pn tersilap.. .. konpem2 die kne fired ni.. hahaha


    ni lagi satu hal.. dengan bini2 osama pn nk masuk berita .. ntah pape nth.. korg percaya ker osama dah mati...???? aku  ???... 

    Berita :
    Pakistan dijangka membenarkan penyiasat Amerika menyoal tiga isteri pemimpin al-Qaeda yang ditembak mati, Osama bin Laden, kata pegawai di Washington, keputusan dikatakan bakal menstabilkan hubungan tegang antara kedua-dua negara.


    Beliau juga menafikan sudah memberi kebenaran kepada Amerika untuk menyoal ketiga-tiga wanita terbabit, sambil menambah, penyiasat Pakistan belum menyelesaikan tugas mereka. 


    BERITA HARIAN ONLINE - AMERIKA DIBENAR SOAL 3 ISTERI OBAMA OSAMA


    p/s : udah2 la tu uncle sam.. gua da bohsan... adiosss
    www.tips-fb.com

    Monday, May 9, 2011

    Teringat Criter katon dulu2














    www.tips-fb.com
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...