Wednesday, February 2, 2011

nasihat buat melayu




Dulu aku pernah ke Somalia
Negeri 'Jantung Afrika'
Tinggi orangnya tinggi juga ilmunya
Majoriti hafaz al-Quran
Majoriti tebal faham Syafie

Siapa tidak merasakan benarnya
Melihat dalam ilmu agama mereka

Dulu aku pernah juga ke Bosnia
Negeri warisan silam Turki
Warisan Empayar Usmaniah
Kata orang...
mereka cuma Islam kulit
Kata orang...
mereka kosong isi

Siapa tidak merasakan benarnya
Melihat dangkal pokok iman mereka

Dulu selalu juga aku ke Indonesia
Negeri Sang Saka Merah Putih
Hebat di Nusantara Raya....gagah ilhamnya
Mereka bilang...
ramai gila kuasa
Mereka bilang...
perubahan membawa jaya

Siapa tidak merasakan benarnya
musnah hilang warisan Majapahit sudahnya

Dulu dan kini aku di bumi Malaysia
Tanah leluhur warisan bonda
Kata si Tuah Laksamana...
Takkan Melayu hilang di dunia
Janji si Demang Bendahara...
Takkan Melayu derhakakan rajanya

Siapa tidak merasakan benarnya
Melihat belengu dijajah lima ribu purnama

Sebenarnya...
Somalia rapuh bukan kerana kuat beragama
Sebenarnya...
Bosnia lebur bukan kerana lemah imannya
Sebenarnya...
Indonesia bobrok bukan kerana rakus kuasa
Sebenarnya...
Melayu kerdil bukan kerana kecil semangatnya

Yang sebenarnya....
tidak ada yang lebih benar melainkan benar-benar belaka...
Mata hati melayu ini melihat usul sebab
melihat rapuh ranting perpaduan
melihat nipis kain ketaqwaan
melihat getas kulit jatidiri
melihat reput kayu iqra'ilmi
Bila Islam dijadi alasan...
sedang Islam mengajar kebenaran
Bila Materialistik dijadi pedoman...
sedang keperibadian mengajar kesopanan
Bila kuasa dijadi rebutan...
sedang tanah dipijak milik orang
Bila kisah silam dijadi pidato...
sedang iktibar kian dilupakan

Kendatipun sampai bila...
Umat ini harus sedar dari asap igauan
menyelubungi fitrah menyesak khianat
jika digadai nilai murni
jika dijual santun diri
medan ini bakal Somalia
medan ini persis Bosnia
medan ini cermin Indonesia
medan ini bukan lagi Tanah Melayu tercinta....

www.tips-fb.com

2 comments:

Ai Ni.. said...

errr...
dari mana datangnye puisi ini??
huhu..
bestlah pulak membacanye..

LINDA said...

nice entry!seronok membaca...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...