Wednesday, October 26, 2011

KEMALANGAN MAUT PELUMBA MOTO GP MARCO SIMONCELLI



VIDEO KEMALANGAN MARCO SIMONCELLI DI GRAND PRIX MOTOGP MALAYSIA


SEPANG – Perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali Marco Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua di Litar Sepang di sini Ahad.
Simoncelli berusia 24 tahun.
Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) danDorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia.
Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepasSimoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.
Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu.
Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan.
www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...