SYDNEY: Seorang remaja Australia didakwa semalam kerana memecah masuk dari bumbung sebuah arena konsert supaya dapat membaling telur ke arah bintang pop sensasi Kanada, Justin Bieber, yang meneruskan persembahannya tanpa sebarang masalah.
“Bieber sepatutnya dipuji kerana meneruskan persembahan yang menghiburkan penonton,” kata akhbar The Vancouver Sun.
Penyanyi berusia 17 tahun yang menjadi kegilaan jutaan peminat itu mengadakan jelajah Australia, disambut dengan gadis yang menjerit dalam persembahan, namun enam telur dibaling ke arahnya ketika persembahan single pertamanya One Time dalam konsert Jumaat lalu.
Semua telur itu tidak mengenainya dan beliau berjaya menghabiskan lagu itu sebelum berehat.
Pengendali konsert Acer Arena membuat aduan kepada polis selepas menyedari insiden itu yang didedahkan laman rangkaian sosial.
Australia Associated Press, melaporkan seorang penduduk tempatan berusia 17 tahun di sini ditahan di rumahnya awal pagi semalam dan didakwa dengan tuduhan memecah masuk, menceroboh dan melakukan kerosakan. Dia dikenakan ikat jamin dan dijadual hadir di mahkamah kanak-kanak, 2 Jun depan.
Menurut MTV News, Beliebers, kumpulan peminat Bieber, segera menulis dalam Twitter untuk mengutuk tindakan membaling telur.
“Ke hadapan mereka yang membaling telur kepada @justinbieber di Sydney, anda kini mempunyai lebih sembilan juta Beliebers memburu anda, tolong rasa takut! Kami akan buru anda lebih gigih daripada biasa!”
Bieber meneruskan jelajah ‘My World’ dengan satu lagi persembahan di Melbourne, Selasa lalu. Ia bukan kali pertama bintang terkenal itu dibaling, kali pertama ialah dua tahun lalu apabila dibaling botol air ke arahnya.
Menurut laman web Popeater, sesetengah peminat percaya insiden membaling telur mungkin kerja orang dalam kerana telur kelihatan jatuh betul-betul dari atas pentas - kredit : Berita Harian
You tube : Justin Bieber gets pelted by eggs at Sydney Concert on the 29th of April
kredit : You tube
1 comment:
nt into justin at all :)
Post a Comment