Monday, May 16, 2011

TIPS DIET


Kesihatan adalah sesuatu yang amat berharga dalam dunia masa kini yang terdedah dengan berbagai ancaman penyakit dan masalah kesihatan. Punca utama musibah ini adalah hasil dari gaya hidup yang tidak sihat serta amalan pemakanan yang tidak bijaksana.



Gaya hidup yang lebih kepada pemuasan nafsu syahwat tanpa batasan (seks rambang) telah melahirkan penyakit Aids yang sehingga kini belum ditemui penyembuh muktamad. Pemilihan pemakanan yang tidak bijaksana akan mendedahkan manusia kepada pengumpulan bahan kimia, toksik, racun di dalam tubuh badan.
Malah yang lebih dahsyat, manusia sudah mengamalkan makanan luar tabii dengan menzalimi berbagai jenis haiwan yang bukan tergolong sebagai haiwan yang boleh dimakan. 


Justeru.....kembalilah kepada pemakanan semulajadi dan berfitrah. Amalkanlah gaya pemakanan sihat.. 






  • Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.








  • Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".









  • Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.








  • Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.








  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan    dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.








  • Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.








  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.








  • Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.








  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.








  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi








  • Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.









  • Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.









  • p/s : 
    Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. sekurang-kurangnya anda telah menunaikan kewajipan iaitu menjaga kesihatan tubuh badan.



    kredit : cvtampang







    www.tips-fb.com

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...