Thursday, May 12, 2011

Jejaka Hartawan

TIDAK hanya diserikan dengan penampilan si hartawan jelita yang bijak tetapi dunia juga didiami ramai lagi hartawan muda yang rata-ratanya belum mencapai usia 40 tahun. Menariknya, ada di kalangan hartawan muda ini mengumpul kekayaan dengan mencipta sesuatu yang kemudian menjadi satu kepentingan dalam kehidupan orang ramai. Antara yang disenaraikan sebagai antara hartawan muda ialah: 


Mark Zuckerberg






Pada usia 26 tahun, pengasas Facebook itu dikatakan bernilai RM40 bilion. Zuckerberg memiliki 24 peratus saham laman web sosial itu. Dia kini memegang jawatan sebagai Ketua Eksekutif dan Presiden Facebook, yang diasaskan bersama tiga lagi rakan sekelasnya ketika belajar di Universiti Harvard pada tahun 2004.


Sergey Brin dan Larry Page






Brin, 35 dan Page, 36, berjumpa dalam satu program sains komputer di Universiti Stanford dan kini masing-masing bernilai RM35.6 bilion setiap seorang sebagai pengasas enjin pencarian terkenal, Google. Mereka tercicir daripada meneruskan pelajaran ke peringkat doktor falsafah pada tahun 1998 untuk memulakan Google daripada garaj seorang rakan. Google akhirnya menemui orang ramai pada tahun 2004.

Sheik Mansour Bin Zayed Al Nahayan







Berusia 39 tahun, Sheik Mansour, yang juga salah seorang kerabat diraja Emiriah Arab Bersatu, membelanjakan RM891 juta untuk memiliki kelab bola sepak Manchester City. Memiliki kekayaan bernilai RM14.5 bilion, Sheik Mansour pernah menyelamatkan bank Britain dengan pelaburan tunai sebanyak RM14.8 bilion.

Daniel Ziff







Bersama-sama dua abangnya, Dirk dan Robert, mereka melabur dalam hartanah, hutang korporat dan ekuiti menerusi Ziff Brothers Investement. Syarikat penerbitan yang diwarisi daripada bapa mereka berkembang menjadi konglomerat media dengan menerbitkan pelbagai majalah. Memiliki kekayaan bernilai RM10 bilion pada usia 37 tahun, Daniel dan dua abangnya menjual 95 peratus daripada perniagaan mereka kepada Forstmann Little pada harga RM4.1 bilion pada tahun 1994. Hari ini dana keluarga itu dikatakan bernilai lebih RM29.7 bilion.

Putera Albert von Thurn und Taxis







Pernah termasuk dalam senarai hartawan dunia pada usia lapan tahun, putera Jerman itu secara rasmi mewarisi kekayaannya pada Jun 2001, sempena hari jadinya yang ke-18. Memilik kekayaan dianggarkan bernilai RM6.2 bilion, aset Albert, 25, termasuk hartanah, lukisan, syarikat teknologi dan 30,000 hektar tanah di Jerman.



kredit : berita harian 
www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...