Friday, May 6, 2011

10 Hobi Termahal

Hobi merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang.Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan, bukan mendapat pulangan. Terdapat pelbbagai jenis hobi seperti mengumpul, membuat, membaiki, bermain dan pendidikan dewasa.
Ada hobi percuma dan ada yang memerlukan belanja. Sebagai contoh, hobi mengumpul setem adalah percuma jika sekadar mengumpulkan setem terpakai, tetapi ia bertukar menjadi hobi yang memerlukan belanja apabila pengumpul jemu dengan kesukaran mendapatkan pelbagai setem secara percuma. kt bawah ni antara hobi yang gila mahal kosnya dan hanya untuk orang-orang kaya sahaja. lets check it out. hobi gila ni banyak kat USA. so metrik conversion guna dolar and miles.

10. Big Game Hunting
Tempahan perjalanan ke pedalaman Afrika di Delta Okavango di Botswana untuk memburu eland dan zebra memakan belanja sekurang-kurangnya $ 5,000 dolar untuk  satu minggu. Anda akan terbang ke kawasan yang belum dipetakan (masih dara) dengan sebuah pesawat . Premium senjata dan peluru, tidak termasuk penerbangan ke Afrika,ia merupakan trip sekali seumur hidup (once in a lifetime trip).
ni la rupa menatang eland. aku pun baru tau.


9. Sailing
Kebanyakan orang hanya mampu bermimpi untuk belayar ke seluruh dunia, menjelajah bandar-bandar pelabuhan klasik, shopping di pasar-pasar, dan menghantar imej tempat menarik kepada ahli keluarga di rumah. Menjelajah dalam sebuah kereta yang selamat dan mewah yang memiliki teknologi navigation yang terbaru dan beberapa bilik yang mewah. Perbelanjaannya lebih kurang  $ 300,000. 

8. Mountain Climbing
Gunung Everest merupakan destinasi impian bagi setiap pendaki. Minggu persahabatan di basecamp , pendakian pendek, dan bimbingan daripada Everest Sherpa (guide climber) menjadikan suatu pengalaman yang tidak ternilai. Kos nya $ 60,000.


7. Polo
merupakan hobi bagi golongan bangsawan dan diraja , kosnya paling sedikit ialah $ 8,000 tahunan untuk menjadi ahli di sebuah kelab polo. Seekor kuda yang layak berlumba berharga sekitar $ 20.000, dan  kos $ 1,500 untuk menyewa  kandang serta kos rawatan doktor haiwan. kos accessories juga sebanyak $ 5,000. Juga sebuah Trailer dan sebuah trak pickup.


6. Cigarette boat racing
Anda mungkin boleh terbang di atas air dengan kelajuan sekitar 100 batu per jam. Jika anda mempunyai wang lebih , anda boleh membeli sebuah boat berusia 10 tahun (Top 38 'Gun Twin Step)  hanya $ 160.000. Dengan dua enjin berkapasiti 700hps, anda perlu mengeluarkan sebahagian besar wang anda untuk mengisi minyaknya.



5.Hot Air Ballon
Untuk sebuah pengalaman penerbangan cara penerbang pertama  pada tahun 1783anda memerlukan belon udara panas dan lesen pilot. Sebuah belon yang standard berharga $ 45.000 dan yuran sekolah penerbangan sebanyak $3,500. juga tambahan kos untuk menyewa sebuah kereta dan pemandu in case berlaku kecemasan semasa anda berada di udara.



4. Art Collecting
Pembeli barang antik dan pembida barang lelong sanggup membayar berjuta-juta hanya untuk sebuah lukisan. Rekod dipegang oleh seorang pembeli yang membayar $ 140.000.000 untuk sebuah lukisan Jackson Pollock.
lukisan Jackson Pollock
mona lisa


3. Drag Racing
Sebuah nitromethane-powered dragster engine boleh memecut lebih laju daripada kebanyakan kapal terbang. kelajuannya boleh menjangkau sehingga 300 batu per jam hanya beberapa saat, tetapi ia lebih cepat lagi mengeringkan duit simpanan anda. sebuah kereta drag berharga jutaan dollar .

2. Flying
 Anda memerlukan lesen pilot yang semestinya bukan murah. semestinya sebuah kapal terbang untuk hobi ini. kebanyakan penggemar hobi ini menggunakan kapal terbang jenis single engine propeller.


1. Dressage
Permainan ini terdapat pada sukan olympic. kebanyakan hobi yang melibatkan kuda merupakan antara hobi yang termahal. banyak kos yang terlibat yang tidak akan terpikir oleh kita.Aku pun xtau ap jadahnya dressage ni.. haha


p/s : nk bagi makan kuda pn x mmpu.. huhu.. adiosss
www.tips-fb.com

1 comment:

Azri Othman said...

still tak faham, Dressage tu nak main camne? camne nak tahu pemenang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...