Saturday, August 6, 2011

Pulau paling padat

1) Santa Cruz Del Islote - Colombia



Jumlah penduduk : 1,247

Pulau paling padat di dunia yang terletak di Carribean,di mana hampir semua aktiviti seperti sekolah,bermain bola sepak,kubur dan tempat kerja berlangsung di luar kepulauan ini. Pulau yang mempunyai taman rekreasi yang hanya sebesar gelanggang tennis ini tidak mempunayi bekalan elektrik dan sumber air bersih dibekalkan oleh Kapal Navy Colombia.

2) Migingo Island - Kenya ( Disputed by Uganda)


Jumlah penduduk : 400

Pulau ini sebenarnya adalah sebuah batu yang terletak di Tasik Victoria,di mana penduduk mendirikan perkampungan nelayan di sini. Ada page FB mengenai pulau ni yang mana jumlah org kenya yang 'LIKE'adalah 2x daripada jumlah pendudk di pulau ini sendiri.

3) Ap Lei Chau - Hong Kong


Jumlah penduduk : 86,782

Fun Fact : Ap Lei Chau = 'Lidah Itik' sempena bentuk pulau ini.

4) Male - The Maldives



Jumlah penduduk : 103,693

Salah satu destinasi perlancongan yang popular di Asia,Ia terkenal dengan pantainya yang cantik.


5) Ebeye Island - Marshall Island


Jumlah penduduk : 15,000

Menjadi tempat pelarian penduduk Pulau Marshall apabila kerajan U.S mengambila keputusan untuk menggunakan Uulau Marshall sebagai lokasi percubaan senjata nuklear mereka.

6) Salsette Island, Mumbai,India


Jumlah penduduk : 13,175,000

Salah satu kawasan perumahan setinggan (slum) terbesar di dunia, 'Dharavi' yang mempunyai penduduk hampir 1 juta orang.Di bahagian lain pulau ini adalah rumah kepada billionaire di mana terdapat sebuah rumah dikenali sebagai Antilla ( 400,00 kaki persegi ) sambil dikelilingi bangunan-bangunan tinggi.


7) Manhattan - New York, United States


Jumlah penduduk : 1,585,783

Hanya bernilai USD17 pada kurun ke-17, ia juga dikenali sebagai 'New Amsterdam'.

8) Ile Saint Louis - Paris, France


Jumlah penduduk : 2,465

Mungkin antara pulau yang paling bergaya di dunia dan juga antara tempat mempunyai nilai hartanah antara yang tertinggi di dunia.


9) Lilla, Essingen - Stockholm, Sweden


Jumlah penduduk : 4,647

Pernah dikenali sebagai hub industri di Stickholm,namun sekarang dipenuhi dengan apartmen mewah.

10) Vasilyevsky Island, St. Petersburg, Russia


Jumlah penduduk : 202,650

Pulau yang tidak asing di kalangan pelancong ini terkenal dengan aktiviti saham 'Old School' dan Rostral Columns.

11) Venice Island, Italy


Jumlah penduduk : 270,098

Antara terusan yang terkenal didunia, Venice yang dibina di atas kawasan 117 pulau yang menghubungkan sebanyak 455 jambatan. Di tengah-tengah bandar lama, terusan-terusan ini berfungsi sebagai jalan dan hampir setiap bentuk pengangkutan di atas air atau jalan kaki.









www.tips-fb.com

Monday, August 1, 2011

Kisah Rasulullah dengan sebiji Limau







Sebagai renungan di hujung hari.

“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak.

Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
www.tips-fb.com

Thursday, July 28, 2011

Rumours ::: Sila kosongkan baki Paypal anda segera [Update - Press Statement]


Beberapa hari lepas seramai 14 orang telah ditangkap kerana dituduh terlibat dalam operasi godam ke atas Paypal.

Hari ni ada dengar berita Paypal saman $500,000 kat orang-orang tertentu yang disyaki hacktivist (aku tak pasti siapa, dan apa kes).


Anonymous akan membuat serang balas terhadap Paypal.

Di Twitter, @YourAnonNews memberikan notis berikut :
If you are a PayPal customer your going to want to close your accounts. Don't get mad afterwords....
i wont take this lightly.

deassociate your credit cards from your Paypal account sebagai precautionary measures.

Bila ribut dah reda, associate balik, kalau masih nak pakai Paypal.


Press statement

Dear PayPal, its customers, and our friends around the globe,

This is an official communiqué from Anonymous and Lulz Security in the name of AntiSec.

In recent weeks, we've found ourselves outraged at the FBI's willingness to arrest and threaten those who are involved in ethical, modern cyber operations. Law enforcement continues to push its ridiculous rules upon us - Anonymous "suspects" may face a fine of up to 500,000 USD with the addition of 15 years' jailtime, all for taking part in a historical activist movement. Many of the already-apprehended Anons are being charged with taking part in DDoS attacks against corrupt and greedy organizations, such as PayPal.

What the FBI needs to learn is that there is a vast difference between adding one's voice to a chorus and digital sit-in with Low Orbit Ion Cannon, and controlling a large botnet of infected computers. And yet both of these are punishable with exactly the same fine and sentence.

In addition to this horrific law enforcement incompetence, PayPal continues to withhold funds from WikiLeaks, a beacon of truth in these dark times. By simply standing up for ourselves and uniting the people, PayPal still sees it fit to wash its hands of any blame, and instead encourages and assists law enforcement to hunt down participants in the AntiSec movement.

Quite simply, we, the people, are disgusted with these injustices. We will not sit down and let ourselves be trampled upon by any corporation or government. We are not scared of you, and that is something for you to be scared of. We are not the terrorists here: you are.

We encourage anyone using PayPal to immediately close their accounts and consider an alternative. The first step to being truly free is not putting one's trust into a company that freezes accounts when it feels like, or when it is pressured by the U.S. government. PayPal's willingness to fold to legislation should be proof enough that they don't deserve the customers they get. They do not deserve your business, and they do not deserve your respect.

Join us in our latest operation against PayPal - tweet pictures of your account closure, tell us on IRC, spread the word. Anonymous has become a powerful channel of information, and unlike the governments of the world, we are here to fight for you. Always.

Signed, your allies,

Lulz Security (unvanned)
Anonymous (unknown)
AntiSec (untouchable)

source : megat sri rama , CARIGOLD.COM

www.tips-fb.com

TOP 5 forum paling popular di MALAYSIA

Hasil dari kajian,jom kita kenal 5 forum yang popular di Malaysia mengikut ranking Alexa

1) Lowyat Forum

Jika korang kaki gadjet dan juga komputer,di website lowyat lah tempat yang terbaik untuk dilayari.Selain tu,owner website ni ada menyediakan forum untuk membincangkan sesuatu topik berkaintan dengan IT.

Alexa Ranking (2010) - 14

2) Cari Forum

Cari antara forum yang menyatukan semua bangsa dimalaysia.Lebih kurang macam 1 malaysia la.Bukan setakat topik dalam bahasa Melayu sahaja dibuka,admin forum tu telah buka section dalam bahasa cina dan juga inggeris.So,tak jadi masalah la kalau kita nak belajar bahasa lain.

Alexa Ranking (2010) - 15 ( www.cari.com.my)

3) Carigold Forum

Kepada kaki main saham (Forex),forum ini amat sesuai sekali untuk korang.Ramai otai Forex lepak disana.Selain topik berkaitan Forex,admin tersebut juga menyediakan topik lain seperti Gosip,isu semasa,sukan,komputer dan lain-lain lagi.

Alexa Ranking (2010) - 41 ( www.carigold.com )

4) Wangcyber Forum

Kalau teringin nak buat duit dekat internet,forum ini untuk korang.Tetapi perlu diingat,tak semua topik buat duit yang dibincangkan disana betul2 membayar kepada kita.Yang penting kaji dan juga tanya otai-otai terlebih dahulu.

Alexa Ranking (2010) - 85 ( www.wangcyber.com )

5) GengBlogger Forum

Kepada kaki blogger macam aku ni,rasanya korang mungkin dah kenal dengan website ni.Fungsi web ni adalah lebih kepada ping blog.Selain ping blog,admin web tu ada sediakan forum untuk blogger membuka sesuatu topik




www.tips-fb.com

Wednesday, July 27, 2011

Hutang Negara Amerika Syarikat dalam 3-D


Seratus Dollar


$100 - Nota wang paling banyak dipalsukan di dunia.Sukar dibayangkan dunia tanpanya.





Sepuluh Ribu Dollar
$10,000 - Cukup untuk satu percutian yang memuaskan atau sebuah kereta
 terpakai.Lebih kurang pendapatan purata setahun bagi per kapita penduduk dunia.





Satu Juta Dollar
$1,000,000 - Tidaklah nampak banyak sangat, kan?
Sungguh begitu, ini adalah jumlah pendapatan purata per kapita penduduk dunia selama 92 tahun

Satu Ratus Juta Dollar

$100,000,000 - Cukup untuk belanja satu kampung.Muat-muat sedang elok untuk pelet bersaiz standard ISO.



Satu Billion Dollar

$1,000,000,000 - Anda pasti perlu bantuan jika ini adalah rompakan bank.

Hah, semua orang bersedia sekarang! Tadi cuma untuk panaskan badan je.


Satu Trilion Dollar

Bila pemerintah Amerika bercakap tentang defisit USD 1.7 trilion, inilah jumlah tunai yang dipinjam oleh pemerintah Amerika untuk menampung kos pentadbirannya pada 2010.

Perhatikan, pelet di susun 2 tingkat, setiap palet menampung $100 juta, penuh dengan not $100. Anda perlukan baaaaaaaaanyak lori untuk mengangkut semua duit ini.

Jika anda belanjakan $1 juta sehari sejak hari kelahiran Nabi Isa, sampai ke hari ni pun jumlah perbelanjaan anda belum mencecah $1 trilion.... hanya $700 billion lebih sahaja. Inilah jumlah yang sama bank-bank amerika dapat sewaktu pakej bailout diluluskan Senat US.


Perbandingan $1,000,000,000,000 dollar dengan sebuah padang American Footbal dan padang bola sepak.

Di sebelah kanan adalah Boeing 747-400 yang sehingga baru-baru ini adalah pesawat penumpang terbesar.




15 Trillion Dollar

$15,000,000,000,000- Jika pemerintah U.S.A tidak menyelaraskan bajet mereka, hutang negara USA (bil kad kredit) akan melepasi paras 15 trilion dolar menjelang Krismas 2011.

Statue of Liberty kelihatannya runsing bila hutang negara Amerika Syarikat melebih 20% dari jumlah KDNK seluruh dunia.

Pada 2011 hutang kebangsaan akan melebihi 100% GDP dan nisbah KDNK:GDP melebihi 100% akan menyamai negara-negara PIIGS Eropah (negara bankrut).





114.5 Trillion Dollar

$114,500,000,000,000. - US unfunded liabilities

Di sebelah kanan, anda boleh lihat menara wang tunai $100 yang menjadikan WTC & Empire State Building kelihatan kerdil, kedua-duanya pernah menjadi bangunan tertinggi dunia.

Jika anda mencuba dengan gigih, anda boleh lihat Statue of Liberty.

Pencakar langit $114.5 trilion adalah jumlah wang yang pemerintah Amerika Syarikat tahu ia tidak punyai untuk membiayai Medicare (Sistem Kesihatan Awam), Medicare Prescription Drug Program (bekalan ubata-ubatan awam), Social Security (seperti KWSP), Tentera dan pencen perkhidmatan awam. Ia adalah wang yang USA tahu ia tidak akan perlu bayar.
Jika anda tinggal di Amerika Syarikat, ia juga hutang kad kredit anda; anda bersama dengan yang lain bertanggungjawab untuk melunaskan hutang ini.

Rakyat Amerika mengadakan kerajaan Amerika untuk berkhidmat kepada mereka, inilah yang kerajaan Amerika telah buat untuk rakyat mereka.

"Unfunded Liability" ini dikira berdasarkan cukai semasa dan input dana, dan anjakan demografik masa depan populasi USA.

Pemberitahuan : Pada imej $114.5T dia atas, bahagian asas longgokan duit adalah setengah trilion, bukan satu trilion seperti di imej 15 trilion. Ketinggiannya adalah sekali ganda. Ini untuk memperlihatkan bahagian asas bangunan Empire State dan WTC lebih jelas.



www.tips-fb.com

Tuesday, July 26, 2011

Bank Negara Malaysia perkenal Siri Baru Wang Kertas & Syiling

Siri Baru Wang Kertas & Syiling

Bank Negara Malaysia menerusi kenyataan rasminya menyatakan akan mengeluarkan
siri baru bagi wang kertas dan wang syiling bagi negara Malaysia.
Siri baru tersebut akan dimulakan menjelang awal 2012, dengan membawakan ciri
keselamatan yang lebih tinggi dan teknologi yang diperbaharui.

Siri ke-4 wang kertas akan wujud dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.
Manakala siri ke-3 wang syiling akan wujud dalam denominasi RM0.05, RM0.10, RM0.20, dan RM0.50.
Wang kertas RM50 yang diperbaharui sejak tahun 2007 masih kekal dalam pasaran.



Bank Negara Malaysia (BNM) akan keluarkan duit syiling versi baru
awal tahun depan bagi menggantikan design syiling lama yang dah berumur 20 tahun.
Gambar bawah ni, beza belakang duit lama dan baru.

syiling baru



Duit syiling baru ni lebih kecil, nipis dan lebih ringan berbanding yang lama.
Macam trend smartphone sekarang kan? Nipis dan ringan. Duit 50 sen dan 20 sen warna keemas-emasan
(jangan tertukar dengan dinar kelantan pulak), manakala duit 10 sen dan 5 sen kekal warna lama.

duit syiling baru

Btw, lambat lagi la nak merasa pegang duit syiling baru ni. Kalau BNM keluarkan awal-awal, mungkin boleh guna untuk bagi bebudak raya ni.

Oh ya, memandangkan saiznya lebih kecil dan ringan.. dah tentu nanti meter-meter parking MPKBoy ni kena tukar setting kan. 



Jangan MPKBoy tak tukar setting sudah.. nanti, masuk duit 50 sen di kira 20 sen. Masuk 20 sen kira 10 sen.

Awal tahun depan RM20 baru akan muncul balik,
Bank Negara cakap. Bukan commemorate edisi tapi memang untuk kegunaan ramai sebagai
tukaran jurang antara RM10 dan RM50. Automatiknya, nanti demand untuk RM10 akan berkurang.

Sukalah budak-budak nanti sebab boleh dapat duit raya RM20 la tahun depan nun.
Tak pun boleh dapat duit sekolah RM20 sehari :-)

Senang jugak la skim MLM Log in Facebook dapat RM20 nak buat bisnes pasni. Hueeehh.

RM20 lama






www.tips-fb.com

Monday, July 25, 2011

milik siapa kapal RM 15 Billion bersalut emas dan platinum


KUALA LUMPUR: Walaupun ada spekulasi mengatakan individu terkaya di Malaysia, Robert Kuok, 80, adalah pemilik kapal mewah paling mahal di dunia, History Supreme yang berharga 3 bilion paun (RM15 bilion), namun beberapa nama lagi disebut-sebut berpotensi memilikinya.

Berdasarkan laman web sebuah akhbar dalam talian yang berpangkalan Ireland, hanya tiga nama tersenarai dalam senarai Forbes Billionaires yang memiliki kekayaan AS$5 bilion (RM14.88 bilion) ke atas.


Antara nama yang mempunyai kemungkinan itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Communication Bhd, Tan Sri Ananda Krishnan yang memiliki kekayaan RM28.3 bilion dan Pengarah IOI Corporation Bhd, Tan Sri Lee Shin Cheng RM14.88 bilion.

Kuok yang mempunyai kekayaan berjumlah RM37.2 bilion buat masa ini adalah lelaki terkaya di negara ini dan digelar sebagai Raja Gula selain pengasas kumpulan rangkaian Hotel Shangri-la yang beroperasi di seluruh Asia.


Ananda Krishnan adalah usahawan kedua terkaya di Malaysia dan ke-138 di dunia yang juga pemilik Maxis Communication Bhd dan pengendali perkhidmatan televisyen berbayar, ASTRO All Asia Networks Plc.


Beliau terbabit dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuk minyak, studio kartun Hollywood, multimedia, perkapalan, tenaga dan harta tanah.

Lee adalah pemilik syarikat konglomerat yang menguruskan ladang kelapa sawit dan aktiviti pembangunan hartanah di Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Eropah.


Malah, kilang penapisan miliknya di Rotterdam, Belanda adalah kilang penapisan minyak sawit terbesar di Eropah.

Kapal History Supreme direka oleh pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk menyiapkannya.


Keseluruhan badan kapal itu disaluti emas padu dan platinum seberat 100,000 kilogram, termasuk ruang makan, bilik tidur dan sauh.


Kebanyakan laman web dan akhbar dalam talian di Internet tidak menyatakan secara terperinci nama pemilik kapal berkenaan, sebaliknya hanya menggunakan gelaran ‘anonymous leading Malaysian businessman’.


Bagaimanapun, ada mengaitkannya dengan tiga nama individu paling kaya di negara ini berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh majalah Forbes Asia.


Kapal sepanjang kira-kira 30 meter itu dibuat di Itali, namun disiapkan di Malaysia dua minggu lalu.


Lebih menarik, dinding di bilik tidur utama yang dibuat dari batu meteor dan artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex, malah ada akuarium yang dibuat daripada 68 kg emas 24 karat.






sumber gambar : ohduniaku.com
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...