Tuesday, July 26, 2011

Bank Negara Malaysia perkenal Siri Baru Wang Kertas & Syiling

Siri Baru Wang Kertas & Syiling

Bank Negara Malaysia menerusi kenyataan rasminya menyatakan akan mengeluarkan
siri baru bagi wang kertas dan wang syiling bagi negara Malaysia.
Siri baru tersebut akan dimulakan menjelang awal 2012, dengan membawakan ciri
keselamatan yang lebih tinggi dan teknologi yang diperbaharui.

Siri ke-4 wang kertas akan wujud dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.
Manakala siri ke-3 wang syiling akan wujud dalam denominasi RM0.05, RM0.10, RM0.20, dan RM0.50.
Wang kertas RM50 yang diperbaharui sejak tahun 2007 masih kekal dalam pasaran.



Bank Negara Malaysia (BNM) akan keluarkan duit syiling versi baru
awal tahun depan bagi menggantikan design syiling lama yang dah berumur 20 tahun.
Gambar bawah ni, beza belakang duit lama dan baru.

syiling baru



Duit syiling baru ni lebih kecil, nipis dan lebih ringan berbanding yang lama.
Macam trend smartphone sekarang kan? Nipis dan ringan. Duit 50 sen dan 20 sen warna keemas-emasan
(jangan tertukar dengan dinar kelantan pulak), manakala duit 10 sen dan 5 sen kekal warna lama.

duit syiling baru

Btw, lambat lagi la nak merasa pegang duit syiling baru ni. Kalau BNM keluarkan awal-awal, mungkin boleh guna untuk bagi bebudak raya ni.

Oh ya, memandangkan saiznya lebih kecil dan ringan.. dah tentu nanti meter-meter parking MPKBoy ni kena tukar setting kan. 



Jangan MPKBoy tak tukar setting sudah.. nanti, masuk duit 50 sen di kira 20 sen. Masuk 20 sen kira 10 sen.

Awal tahun depan RM20 baru akan muncul balik,
Bank Negara cakap. Bukan commemorate edisi tapi memang untuk kegunaan ramai sebagai
tukaran jurang antara RM10 dan RM50. Automatiknya, nanti demand untuk RM10 akan berkurang.

Sukalah budak-budak nanti sebab boleh dapat duit raya RM20 la tahun depan nun.
Tak pun boleh dapat duit sekolah RM20 sehari :-)

Senang jugak la skim MLM Log in Facebook dapat RM20 nak buat bisnes pasni. Hueeehh.

RM20 lama






www.tips-fb.com

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...