Wednesday, July 13, 2011

Pengantin Termahal

gambar atas - pengantin seemanto dan susyanta roy bernilai RM 386 juta pada tahun 2004
gambar bawah - pasangan sheikh Mohammed Rashid dan sheika Hind bernilai RM 300 juta  pada 1981


Hadiah siling emas, 10,000 tetamu termasuk pengemis pelengkap majlis kahwin RM386 juta 

TANYALAH siapa saja mengenai impian perkahwinan, pasti jawapan yang diberi hampir sama. Semua impikan perkahwinan serba sempurna, mewah dan meriah. Tidak kurang yang mahu menobatkan majlis perkahwinan masing-masing sebagai 'Wedding of the Year.'
Malah, demam perkahwinan ‘Wedding of The Year’ itu kian terasa berikutan semakin hampirnya detik perkahwinan kerabat diraja Britain yang tidak kurang popularnya - Putera William dengan pasangannya, Kate Middleton, Jumaat depan.

Ketika pasangan diraja itu dilaporkan lebih mengamalkan sikap berjimat, tetapi sudah ada laporan menyatakan anggaran kos keseluruhan perkahwinan itu hampir RM160 juta biarpun jumlah sebenarnya tidak dapat dipastikan.

Namun, timbul pertanyaan, perkahwinan siapakah yang selayaknya dinobatkan paling hebat atau mahal di dunia setakat ini? Sempena ‘mood’ perkahwinan diraja yang diikuti rapat ramai, apa kata kita selami kehebatan perkahwinan yang dinobatkan majlis perkahwinan paling mahal di dunia, setakat ini.

Pasti ramai yang terkejut kerana status hebat itu dimiliki bukan seorang kerabat diraja dan bukannya rakyat negara maju sebaliknya dari dunia ketiga.

Ringkasnya, ‘mahkota’ gelaran perkahwinan termahal menjadi milik Seemanto dan Sushanta Roy - anak ahli perniagaan terkenal India, Subrata Roy yang mana perkahwinan bertarikh 14 Februari 2004 itu kekal menjuarai carta majlis perkahwinan termahal dunia dengan kos sebanyak RM386 juta untuk tetamu seramai 10,000 orang! 
Majlis berkenaan turut memberi manfaat kepada peminta sedekah apabila makanan diedarkan kepada lebih 140,000 pengemis di seluruh negara.

Pada majlis yang diadakan di Lucknow, India itu, sebanyak 110 jenis makanan termasuk India, Mexico, Itali, Mongolia, Lubnan dan Amerika dihidangkan. Antara tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis yang dirujuk sebagai Perkahwinan Abad Ini ialah bintang Bollywood terkenal, Amitabh Bachchan dan Aishwarya Rai.

Setiap tetamu dijemput dari rumah dengan limosin dan dibawa ke lapangan terbang. Cabutan bertuah untuk tetamu menawarkan syiling emas sebagai hadiah.

Di tangga kedua senarai perkahwinan termahal dunia ialah membabitkan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum dan Sheika Hind Maktoum atau Puteri Salama, bernilai Rm300 juta yang turut disenaraikan antara majlis perkahwinan paling gah dalam Guinness Book of World Records dan paling mahal pada 1981. Ini meletakkannya mengatasi satu lagi perkahwinan pasangan popular - Putera Charles dan Puteri Diana ketika itu.

Hebat atau tidak, perkahwinan Sheikh Mohammed Rashid itu bukannya di hotel atau villa mewah sebaliknya stadium yang dibina khas oleh Sheikh Mohammed bagi menampung sehingga 20,000 tetamu untuk majlis berkenaan yang berlangsung selama tujuh hari tujuh malam! Malah ada laporan yang menyatakan majlis bersempena perkahwinan itu berlangsung dalam tempoh tiga bulan.

Pada majlis itu, semua putera diraja Arab, barisan sheikh dan VIP lainnya dibawa ke lokasi dengan menaiki 34 jet peribadi. Elemen kebajikan tidak diketepikan apabila Sheikh Mohammed turut menunggang kuda ke setiap kampung memberi makan kepada semua penduduk sempena majlis perkahwinannya itu.

Satu lagi perkahwinan disifatkan perkahwinan diraja terhebat membabitkan Charles dan Diana, yang dilaporkan menelan belanja kira-kira RM148 juta dengan ribuan pengawal dikerah menjaga keselamatan. Malah, harga baju pengantin Diana saja lebih RM50,000 selain aspek lain termasuk kos kawalan keselamatan dan bilangan tetamu yang ramai.

Satu lagi perkahwinan perkahwinan paling mahal dipegang seorang lagi hartawan India yang bermastautin di London - Lakshmi Mittal yang juga hartawan besi dan menduduki tempat kelapan orang terkaya dunia. Beliau memperuntukkan RM211 juta untuk majlis perkahwinan anak perempuannya, Vanisha Mittal dengan Amit Bhatia pada 2006.

Acara selama enam hari itu diadakan di Versailles dengan persembahan oleh Datuk Shah Rukh Khan dan Kylie Minogue. Kemewahan majlis berkenaan dapat dilihat sejak awal dengan kad undangan saja setebal 20 muka surat dan diletakkan di dalam kotak perak. 

Penginapan mewah disediakan untuk 1,000 tetamu yang majoritinya ialah ahli politik, ahli perniagaan dan selebriti.

Tidak kurang meriahnya ialah majlis perkahwinan hartawan Russia, Andrei Melnichenko dengan bekas Ratu Yugoslavia, Aleksandra Kokotovic, di Perancis pada September 2005.

Dengan kos RM90 juta, perkahwinan mereka diserikan dengan persembahan Whitney Houston dan Christina Aguilera, yang diterbangkan ke Cannes dengan jet peribadi.

Perkahwinan tahun ini yang disenaraikan mahal, berlangsung bulan lalu membabitkan satu lagi pasangan India. Perkahwinan bernilai RM69 juta milik pasangan Lalit Tanwar dan Yogita Jaunapuria yang juga anak hartawan dan ahli politik terkemuka negara membangun itu - Kanwar Singh Tanwar.

Dengan catatan 18,000 tetamu di lokasi menyamai binaan Istana Rajahstan, pengantin lelaki dihadiahkan helikopter bernilai lebih RM10 juta dengan tetamu dibawa dengan kenderaan mewah. Lebih hebat lagi, setiap tetamu tidak pulang tangan kosong apabila diberi wang kira-kira RM150 seorang, selendang bagi wanita dan sut untuk lelaki dan cendera hati sekeping duit siling perak sempena majlis itu.

Hakikatnya, mungkin pelik bagi kita melihat bagaimana masih ramai yang sanggup berhabisan wang bagi perkahwinan yang berdasarkan kelaziman ketika ini, sukar bertahan. Namun, itulah keadaannya apabila ada yang mengutamakan pepatah ‘tepuk dada, tanya selera’ dan sanggup berlumba-lumba demi mencatat sejarah antara perkahwinan terhebat dunia.

sumber : berita harian online

www.tips-fb.com

2 comments:

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Untunglah bapak-bapak hang kaya.

Petua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah

king fitted sheet said...

This is one of the most incredible article I've read in a really long time. I hope you update this blog often because I’m anxious to read more about.
lawn suits wholesale price ,
pakistani lawn suits wholesale online ,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...