Tuesday, July 19, 2011

katak borneo ditemui selepas 87 tahun

Saintis di kawasan pergunungan Sarawak menjumpai spe-sies katak kodok kali terakhir dilihat pengkaji Eropah pada 1924, sekali gus memberi peluang kepada dunia untuk melihat gambar haiwan berwarna-warni itu.

Sejak beberapa tahun lalu, pertubuhan Pemuliharaan Antarabangsa menye-naraikan spesies katak kodok pelangi Borneo itu dalam senarai amfibia yang mungkin sudah pupus.

Namun, pencarian bulan lalu di hutan tebal di Sarawak membuahkan hasil apabila penyelidik menemui katak terbabit tinggal di atas pokok.

Penyelidik Universiti Malaysia Sarawak, Indraneil Das berkata, ia ditemui di kawasan hutan terpencil yang jarang diteroka sejak seabad lalu.

Sebelum ini, saintis hanya mempu-nyai lukisan ilustrasi katak itu berdasarkan gambaran penyelidik pada 1924.






www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...