Wednesday, July 27, 2011

Hutang Negara Amerika Syarikat dalam 3-D


Seratus Dollar


$100 - Nota wang paling banyak dipalsukan di dunia.Sukar dibayangkan dunia tanpanya.





Sepuluh Ribu Dollar
$10,000 - Cukup untuk satu percutian yang memuaskan atau sebuah kereta
 terpakai.Lebih kurang pendapatan purata setahun bagi per kapita penduduk dunia.





Satu Juta Dollar
$1,000,000 - Tidaklah nampak banyak sangat, kan?
Sungguh begitu, ini adalah jumlah pendapatan purata per kapita penduduk dunia selama 92 tahun

Satu Ratus Juta Dollar

$100,000,000 - Cukup untuk belanja satu kampung.Muat-muat sedang elok untuk pelet bersaiz standard ISO.



Satu Billion Dollar

$1,000,000,000 - Anda pasti perlu bantuan jika ini adalah rompakan bank.

Hah, semua orang bersedia sekarang! Tadi cuma untuk panaskan badan je.


Satu Trilion Dollar

Bila pemerintah Amerika bercakap tentang defisit USD 1.7 trilion, inilah jumlah tunai yang dipinjam oleh pemerintah Amerika untuk menampung kos pentadbirannya pada 2010.

Perhatikan, pelet di susun 2 tingkat, setiap palet menampung $100 juta, penuh dengan not $100. Anda perlukan baaaaaaaaanyak lori untuk mengangkut semua duit ini.

Jika anda belanjakan $1 juta sehari sejak hari kelahiran Nabi Isa, sampai ke hari ni pun jumlah perbelanjaan anda belum mencecah $1 trilion.... hanya $700 billion lebih sahaja. Inilah jumlah yang sama bank-bank amerika dapat sewaktu pakej bailout diluluskan Senat US.


Perbandingan $1,000,000,000,000 dollar dengan sebuah padang American Footbal dan padang bola sepak.

Di sebelah kanan adalah Boeing 747-400 yang sehingga baru-baru ini adalah pesawat penumpang terbesar.




15 Trillion Dollar

$15,000,000,000,000- Jika pemerintah U.S.A tidak menyelaraskan bajet mereka, hutang negara USA (bil kad kredit) akan melepasi paras 15 trilion dolar menjelang Krismas 2011.

Statue of Liberty kelihatannya runsing bila hutang negara Amerika Syarikat melebih 20% dari jumlah KDNK seluruh dunia.

Pada 2011 hutang kebangsaan akan melebihi 100% GDP dan nisbah KDNK:GDP melebihi 100% akan menyamai negara-negara PIIGS Eropah (negara bankrut).





114.5 Trillion Dollar

$114,500,000,000,000. - US unfunded liabilities

Di sebelah kanan, anda boleh lihat menara wang tunai $100 yang menjadikan WTC & Empire State Building kelihatan kerdil, kedua-duanya pernah menjadi bangunan tertinggi dunia.

Jika anda mencuba dengan gigih, anda boleh lihat Statue of Liberty.

Pencakar langit $114.5 trilion adalah jumlah wang yang pemerintah Amerika Syarikat tahu ia tidak punyai untuk membiayai Medicare (Sistem Kesihatan Awam), Medicare Prescription Drug Program (bekalan ubata-ubatan awam), Social Security (seperti KWSP), Tentera dan pencen perkhidmatan awam. Ia adalah wang yang USA tahu ia tidak akan perlu bayar.
Jika anda tinggal di Amerika Syarikat, ia juga hutang kad kredit anda; anda bersama dengan yang lain bertanggungjawab untuk melunaskan hutang ini.

Rakyat Amerika mengadakan kerajaan Amerika untuk berkhidmat kepada mereka, inilah yang kerajaan Amerika telah buat untuk rakyat mereka.

"Unfunded Liability" ini dikira berdasarkan cukai semasa dan input dana, dan anjakan demografik masa depan populasi USA.

Pemberitahuan : Pada imej $114.5T dia atas, bahagian asas longgokan duit adalah setengah trilion, bukan satu trilion seperti di imej 15 trilion. Ketinggiannya adalah sekali ganda. Ini untuk memperlihatkan bahagian asas bangunan Empire State dan WTC lebih jelas.



www.tips-fb.com

1 comment:

myFirdaus said...

mohon kebenaran untuk share info ini di blog saya (http://myblog.myfirdaus.com)... blog anda akan dikreditkan bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...