Wednesday, September 28, 2011

10 Soalan lazim pembeli baru bullion perak





1. Nak beli kat mana?
Dengan kuantiti yang kecil, bullion perak boleh dibeli di Group Facebook "Silver Lot Shop"
Ia juga boleh dibeli authorised dealer Pamp dan agen Public Silver

2. Nak jual balik kat mana?
Jika anda membeli pada agen Public Silver, anda boleh menjualkan silver bar kembali kepada agen tersebut.
Secara alternatif, anda boleh jual balik kepada kenalan anda atau iklankan di Group Facebook "Silver Lot Shop" kerana ramai peminat silver berurusniaga di situ

3. Untung ke simpan silver?
Harga Silver telah meningkat 8x ganda sejak 2002 dan lebih 120% dalam tempoh satu tahun (2010-2011)

4. Berapa harga silver sekarang?
Harga silver berubah dari masa ke semasa. Anda boleh periksa harga silver di nubex.com.my atau http://www.kitcosilver.com/

5. Brand/jenis keluaran mana yang bagus??
Jenama premium rendah : Morgan, Silvertowne, Sunshine, Pamp Suisse 1 kg (amat bagus untuk permulaan)
Jenama premium tinggi : Silver Eagle, Maple Leaf, Philharmonics (amat bagus untuk long term)

6. Apa itu bullion?
Bullion ialah terma yang bermaksud silver bar atau silver syiling

7. Kenapa harga silver bar atau coin bukan pada spot price?
Ini kerana kos tempaan yang perlu diambil kira untuk mendapat produk bullion itu sendiri. Perbezaan harga bullion dan harga spot dinamakan premium

8. Betul ke silver boleh naik sampai USD200/oz?
Pada bull market 1960-1980, silver meningkat 50x ganda
Pada 2002 - 2011, harga silver telah meningkat kepada 8x ganda (harga semasa dalam lingkungan $42)
Harga silver ada 5x ganda ruang untuk naik. Jadi 42 x 5 adalah lebih kurang $220

9. Kenapa % kenaikan harga silver lagi tinggi berbanding emas?
Oleh kerana permintaan pelaburan DAN perindustrian sangat tinggi untuk silver, kenaikannya memang melambangkan permintaan
Emas hanya bergantung kepada permintaan pelaburan & barang kemas sahaja. Ia akan naik 'slow & steady' tetapi kemungkinan besar
akan naik lebih renda peratusan berbanding silver

10. Berapa lama saya patut pegang silver sebelum dijual semula?
Silver adalah pelaburan jangka panjang. Pastikan anda menyimpan SEKURANG-KURANGNYA 6 bulan sebelum menjual semula untuk mendapat keuntungan yang memuaskan
www.tips-fb.com

Yakinkan diri beli silver




Ramai yang membaca email pasal silver ni tapi berapa kerat je yang dah mula menyimpan silver???

Kenapa tak nak mula beli lagi?
    Belum convince yang silver pelaburan baik
    Silver pelaburan tak selamat
    Lagi suka emas, silver orang tak pandang   
    Saje suka-suka baca artikel untuk 'tambah ilmu'
    dan lain-lain sebab

Mulakan dengan SATU SAHAJA bullion silver 
SEKARANG untuk yakinkan diri!

Apa anda tindakan anda hari ini?
1.    Join group jual beli emas perak di Facebook, contoh:---> Silver Lot Shop
2.    Survey harga silver bullion termurah ( Ini gunanya tahu pengiraan premium)
3.    Premium saya syorkan: 32% ke bawah per silver bar
4.    Simpan silver bar dengan baik
5.    Tunggu Disember dan cek semula harga silver bar anda

Kalau tak puas hati dengan kenaikan harga , anda boleh lupakan terus
tentang pelaburan silver dan fokus kepada pelaburan lain.

Tapi kalau rasa berbaloi, mula rancang pelaburan anda Silver dengan baik.
Saya ada tunjukkan "Kaedah Termudah Silver Termurah"

Kalau anda nak tau lebih lanjut tentang kaedah ini, klik link untuk mendapatkan Pakej Pelaburan Silver Fizikal di Malaysia + Teknik Tukar Ganda Silver SEKARANG.
www.tips-fb.com

Kenapa kena simpan Silver ?




Untuk kawan-kawan yang belum ada buat simpanan
silver , mesti tanya, "Kenapa perlu aku beli?"

Bila saya mula cerita tentang kepentingan menyimpan
dalam silver  ada sorang kawan kata:

"Tak cukup ke simpan duit dalam ASB atau unit trust?
Simpanan jugak kan? Confirm ada dividen tiap-tiap tahun.
Tak payah nak risau harga jatuh ke atau rumah kena rompak."

Ini adalah jawapan yang biasa saya terima. Saya pulak
tak boleh nafikan yang duit ASB masih dikira simpanan,
silver  tak memberi dividen dan turun naik harga
silver memang menakutkan (bagi yang tidak faham).

Sebab no. 1 kawan-kawan kena menyimpan dalam
silver  ialah kerana kadar hutang lapuk bertrillion
dolars yang ditanggung oleh negara-negara barat yang
kononnya dilabel negara maju. Dan 'champion' penghutang
paling banyak adalah tidak lain dan tidak bukan: Amerika Syarikat.

Jom cek sini berapa hutang Amerika sekarang: google: US Debt Clock
Terkejut tak bila tengok hutang negara 'KAYA' USD14 trillion?

"Lah, apa pulak kena mengena hutang diaorang
dengan rakyat Malaysia?
Apa kena mengena dengan kena simpan silver ?"

Kalau kita ada kawan yang suka berhutang,
bila dia tak ada tunai dia akan mohon kad kredit.
Jenis belanja sakan lepas tu bayar minimum tiap2 bulan.
Lepas satu kredit kad dah max dia mintak kat bank lain.
Belanja sakan lagi.
Bayar minimum sahaja lagi.

Sampai satu hari, takde bank yang akan approve
kad kredit. Pinjam pulak kat kawan-kawan.
Masih tak sedar diri. Belanja sakan dan buat-buat lupa
bayar bila kawan tanya. Lama-lama isytihar bankrap.

Beza Amerika dengan kawan kita yang boros di atas,
Amerika BOLEH CETAK DUIT untuk konon-konon
tunjuk kaya. Amerika dah cetak 9 trillion dollars untuk berbelanja.

Sekarang lagi senang, mana pakai mesin cetak lagi,
tinggal masukkan masukkan command:
'masukkan 1 trillion dalam bank' lepas tu tekan 'Enter'.

Lambakan duit inilah INFLASI SEBENAR. Bukannya kenaikkan harga.
Kenaikkan harga barang hanyalah simptom untuk inflasi.
Contohnya zaman Jepun dulu, duit daun pisang
berlambak-lambak tapi takde nilai.
Harga barang tinggi sebab duit dah semakin banyak.

Bila kepercayaan terdapat sistem matawang terhakis,
manusia akan berpusu-pusu cari silver  untuk
melindungi harta.

Kejadian ni dah jadi berulang-ulang kali dalam sejarah.
Contoh: Dinasti Yuan, Weimar Germany, Zimbabwe.

Cuba kawan-kawan google 'hyperinflation'.

Bila semua orang berpusu-pusu menukar wang kertas
yang cepat sangat susut nilai kepada silver ,
harga sudah tentu akan melambung. Selagi kerajaan
dunia tak berenti mencetak lagi banyak duit,
selagi tu la silver  akan naik harga.

Bukan silver  je yang naik harga, SEMUA barang akan terus naik harga.

"Kalau kita beli insurans sebagai pelindung kereta,
Kita KENA juga beli silver  sebagai pelindung harta."

Saya nampak kesedaran masih kurang menyimpan dalam bentuk silver. Untuk yang ada kesedaran pun, mereka tercari-cari cara memulakan pelaburan silver. Ebook 'Pelaburan Fizikal di Malaysia + Kajian Kes Tukar Ganda Silver' akan mendedahkan kaedah terbaik untuk memulakan pelaburan perak. 

www.tips-fb.com

Thursday, September 22, 2011

Scarlett Johansson

FBI SIASAT GAMBAR BOGEL SCARLETT JOHANSSON

LOS ANGELES 15 Sept. - Bintang Hollywood, Scarlett Johansson(gambar)*terpaksa mendapatkan khidmat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk menyiasat kes gambar separuh bogelnya yang disiarkan menerusi Internet, semalam.Gambar itu diambil sendiri oleh pelakon tersebut menggunakan telefon pintarnya dan dipercayai disiarkan menerusi Internet oleh pihak yang menggodam sistem telefonnya.Selain itu, FBI turut menerima laporan lain berhubung kes yang sama melibatkan penyanyi Justin Timberlake dan pelakon Mila Kunis."FBI kini sedang menyiasat individu atau kumpulan yang disyaki terlibat dalam penggodaman komputer melibatkan golongan berprofil tinggi," kata pegawai FBI di Los Angeles, Laura Eimiller.Antara gambar-gambar Johansson yang disiarkan dalam laman web tersebut menunjukkan bintang itu berada dalam keadaan separuh bogel di rumahnya, di dalam tandas dan juga di atas katil.Begitu juga dengan gambar Timberlake yang tidak berpakaian di atas katil manakala Kunis berada di dalam kolam mandi.Jurucakap FBI bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagaimana gambar-gambar tersebut disiarkan di dalam Internet.*- AFP


Source : http://www.utusan.com.my/utusan/info...a&pg=lu_07.htm








www.tips-fb.com

MYVI 1.5

Perodua Myvi Extreme 1.5 Dilancarkan di Malaysia


fakta:
  • Myvi baru 1.5-liter berkongsi saham dengan Toyota Passo dan Daihatsu Boon.
  • Model baru itu akan mengambil kira 45 peratus daripada jualan Myvi di Malaysia, yang kira-kira 8,000 unit sebulan.
  • Penentuan harga domestik adalah lebih rendah daripada yang dijangkakan berbanding Myvi 1.3.
KUALA LUMPUR, Malaysia - Perodua telah menambah varian 1.5 liter Myvi generasi kedua, kereta paling laris di Malaysia, yang menggunakan platform sama denganToyota Passo dan Daihatsu Boon / Sirion. Ia adalah varian 1.5-liter satu-satunya di dunia di atas platform, yang dibuat mungkin kerana penjualannya Perodua Myvi telah mencecah hampir 100,000 unit setahun, dengan itu membenarkan pengubahsuaian enjin.

Panjang lejang semua enjin DVVT aluminium 3SZ-VE, sama seperti dalam MPV Alza.Berbanding dengan enjin 1.3-liter, keluaran meningkat 13 peratus kepada 102 kuasa kuda manakala 16 peratus lebih tork pada £ 100 kaki. Walaupun varian baru sedikit lebih berat, output tambahan meningkatkan nisbah berat-untuk-kuasa sebanyak 11 peratus. Transmisi manual dan automatik juga ditawarkan, tetapi tidak CVT (yang boleh didapati dalam versi Toyota dan Daihatsu).

Casis cukup banyak yang sama, tetapi penggantungan itu telah diberikan beberapa tambahan untuk mengendalikan berat tambahan.

Myvi 1,5  dengan imej sportier dan datang dalam dua Trims - SE(Edisi Khas) dan Extreme. Perubahan kosmetik di akhir depan memberikan imej yang lebih bijak, lebih tajam daripada Myvi 1.3, dan warna kuning eksklusif juga membezakannya.

Myvi Extreme telah body kit yang lebih agresif, dengan bibir yang panjang yang lebih rendah yang dilampirkan air dam depan dan peresap yang lebih terperinci di bawah bumper belakang.

Di dalam, tema warna hitam digunakan untuk sportiness dan tahap peralatan adalah  sama dengan apa yang ditawarkan dalam versi paling mahal Myvi 1.3.

Inside Line Says: varian baru yang eksklusif untuk Perodua menunjukkan bahawa Daihatsu mula membenarkan rakan di Malaysia lebih autonomi dalam strategi produknya.









www.tips-fb.com

DOWNLOAD HANTU BONCENG MOVIES


Synopsis
Mengisahkan Amran(Zizan) seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaanmotor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.

Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.

Genre
Comedy | Horror

Info
Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz, Sallehuddin (Tai), Nursyuhaida (Dottie), Cat Farish, Zizie (Fabulous Cats), Azlan Kami, Zahid AF, Eizlan Yusof.

DOWNLOAD LINK DISINI

www.tips-fb.com

Wednesday, September 14, 2011

2 Pemetik Api Boleh Bikin Moto. !!! Jom Tengok

CUBA LA KALAU KORANG BETOL-BETOL STYLO
GOOD LUCK. 



























www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...