Sakina (bukan nama sebenar) merupakan gadis belasan tahun yang masih berada di alam persekolahan. Seawal usia belasan tahun ini juga dia telah menutup pintu hatinya serapat-rapat yang mungkin bagi mana-mana lelaki. Hal sedemikian kerana detik hitam yang pernah hatinya lalui apabila terdetik rasa cinta.
Pada mulanya, perkenalan di alam siber iaitu Myspace hanya sekadar suka-suka. Selama sebulan, Sakina meluahkan rasa letih, rasa bingung dan pelbagai rasa kepada si dia. Detik hari demi hari, Sakina mula jatuh cinta kepada Nizam (bukan nama sebenar). Tetapi Sakina tidak pernah menyatakannya sehingga Nizam menyuarakan isi hatinya yang sebenar. Setelah beberapa minggu, secara rasminya Sakina menjadi kekasih Nizam.
Dalam sisa-sisa 3 bulan bersama Sakina terasa begitu bahagia bersama Nizam. Sakina akui, Nizam pandai mengambil hatinya. Namun, derita adalah pengakhirannya. Nizam telah menduakan cinta Sakina. Dan pada waktu yang sama, Nizam menjalin hubungan bersama gadis lain. Hancur luluh hati Sakina pada ketika itu kerana cinta pertamanya berakhir dengan pengalaman yang paling perit.
Disebabkan terlalu makan hati dengan perbuatan si lelaki, Sakina bertindak menjauhkan diri dari kumpulan sang kumbang ini. Setelah 5 bulan Sakina membiarkan luka di hati berdarah, dengan takdir Ilahi, Sakina bertemu kembali dengan Fiq (bukan nama sebenar). Fiq merupakan kenalan lama Sakina yang sekian lama berpisah.
Hampir dua tahun menyepikan diri akhirnya hubungan yang terjalin dapat diwujudkan kembali. Fiq mengambil keputusan untuk jadikan Sakina sebagai kekasihnya, tanpa ragu-ragu Sakina menerimanya seadanya. Lama kelamaan, barulah Sakina tersedar, perhubungan jarak jauh memang tidak akan berjaya. Sakina mengambil keputusan untuk menamatkan perhubungan tersebut dan hanya sekadar berteman mesra.
Di saat itu juga Sakina merasakan perasaan sayang pada sesorang menjadi tawar. Mungkin disebabkan kekecewaan cinta pertama yang Sakina lalui. Tidak sampai beberapa hari, Fikri (bukan nama sebenar) menyatakan pula isi hatinya untuk menjadikan Sakina sebagai kekasihnya. Fikri merupakan teman sekolah Sakina yang akrab. Fikri sering menceritakan permasalahannya di antara dia dan kekasih. Sakina juga sering memberikan nasihat. Sakina tidak menyangka bahawa Fikri menaruh perasaan terhadapnya. Sakina berikan peluang kepada Fikri untuk mengetuk pintu hatinya kembali.
Namun, duka, derita adalah apa yang Sakina rasakan. Ternyata Sakina sering dipermainkan. Fikri dengan sendirinya meminta untuk menamatkan hubungan mereka. Sakina seakan-akan tidak dapat melawan emosinya. Dia hanya dapat memendam perasaan luka itu jauh di lubuk hatinya. Sakina bingung dan sering bertanya sendirian, memang tak ada cinta yang tulus kah untuk nya? Mengapa hatinya sering terluka? Masih belum cukupkah sang kumbang meninggalkan parut yang tidak akan hilang itu?
Dari apa yang dilaluinya, Sakina berharap tiada lagi cinta di alam persekolahan. Sakina sudah tidak termampu untuk menanggung luka dan darah di hati.
credit to
ttp://tudorgoldblogger.blogspot.com/.
No comments:
Post a Comment