Wednesday, October 5, 2011

iPHONE 4S


Apple lancar iPhone 4S, harga saham menjunam


SAN FRANCISCO: Saham Apple jatuh lebih empat peratus di pasaran Wall Street hari ini selepas pembuat gajet terkemuka berpusat di California itu mengumumkan versi iPhone yang dipertingkatkan, bukannya model baru seperti dijangka (iPHONE 5).

Ketua Eksekutif (CEO) baru Apple, Tim Cook, yang menggantikan pengasas Apple, Steve Jobs pada Ogos lalu, melancarkan iPhone 4S di ibu pejabat Apple di Cupertino, California.

Pembaharuan dalam versi iPhone 4S ialah pemprosesan yang lebih pantas, kelajuan kamera dan arahan suara seperti 'pembantu peribadi', tetapi ia bukannya telefon pintar generasi baru - iPhone 5 - seperti yang dinanti-nantikan.
iPhone 4S boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain bermula 14 Oktober ini.

Di Amerika Syarikat, iPhone 4S dijual pada harga mulai AS$199 untuk 16 gigabit manakala AS$399 untuk model 64 gigabit. - AFP


sumber : berita harian online
lagi berita : channel partners



Antara ciri-ciri baru iPhone 4S :

1. Kamera 8 megapixel dengan resolusi sensor yang lebih tinggi
2. Processor A5 dual-core yang 7 kali lebih pantas dari iPhone 4
3. Design world antena baru yang lebih baik kuasa penerimaannya
4. Bateri yang lebih besar dan tahan lama
5. Menggunakan sistem operasi baru iOS5 yang mempunyai iCloud dan iMessage yang menjadikan iPhone 4S berbeza berbanding iPhone 4.
6. Arahan suara baru SIRI contohnya apabila kita tanya cuaca, iPhone 4S akan menjawab secara automatik laporan cuaca setempat.






check out these videos : 




sumber : you tube


www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...