Kepada mereka yang belum ketahui bilakah sambutan Hari Ibu ini di Malaysia, ingin saya kongsikan dengan anda di sini. Sambutan Hari Ibu 2009 di Malaysia akan di sambut pada tarikh
08 Mei 2011 iaitu pada hari Ahad.
Sambutan Hari Ibu 2011 di Malaysia ini juga akan berkongsi tarikh sambutannya dengan negara-negara lain seperti Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela dan Zimbabwe.
Apa yang anda ingin lakukan pada hari tersebut? Terpulang kepada kamu untuk menentukannya, tapi pada pandangan saya, tidak perlu kita tunggu tibanya Hari Ibu untuk kita hargai mereka. Selagi mereka disisi, selagi kita masih bernyawa, setiap hari kita harus menghargai mereka. Jangan sesekali kita lupakan jasa dan pengorbanan yang telah mereka lakukan demi kita semua. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu, jadi berbaktilah dan hargailah mereka selagi kita masih berkesempatan. Saya pernah melihat seorang rakan saya menangis apabila tibanya Hari Ibu kerana ibunya telah tiada dan tidak berkesempatan untuk mambalas jasa ibunya itu. Jadi, bagi anda yang masih punyai ibu, hargailah mereka dan berbaktilah kepada mereka.
kredit : You Tube
dan satu lagi video : SELAMAT HARI IBU BY MATLUTFI90
p/s: hargailah dan doakanlah kesejahteraan ibu ... adioss
No comments:
Post a Comment