Wednesday, February 2, 2011

ALUN DAN GELORA PEREMPUAN




assalamualaikum to all bloggers.. da bekfes? aku da tp semalam la. pagi2 ni aku nak share ckit psl pmpn.. layan erk...
PEREMPUAN di dalam segala peringkat umurnya sentiasa merenangi lautan sentimen dan emosi. Kencang reda dari gelora lautan ini adalah berlain-lainan mengikut kelainan peringkat umur yang dilalui mereka. Kita tidak dapat membataskan peringkat-peringkat umur itu dengan tepat, begitu juga kita tidak dapat pisahkan peringkat-peringkat umur itu di antara satu dari yang lain.

Kalau kita anggarkan umur perempuan itu 60 tahun secara hitung panjang dan kita bahagikan 60 tahun itu kepada 6 peringkat, maka kita akan dapat menyelami berbagai-bagai perasaan dan suka duka hidup yang bermain dalam jiwa mereka di dalam tiap-tiap peringkat umur itu.

Peringkat degil

 iaitu peringkat pertama yang bermula ketika anak perempuan itu berumur 7 tahun. Kanak-kanak perempuan dalam peringkat ini merupakan seorang anak yang bersahaja, akan tetapi satu perubahan perangai dan tingkahlaku yang baru mulai ternampak kepada kita terutama dalam perhubungan dan pergaulannya dengan ibu bapa, pengasuh, guru dan adik-beradiknya. Perubahan itu bertambah nyata lagi bila umurnya makin meningkat tinggi ke arah umur baligh dan beberapa tahun selepas perubahan ini akan sampai kepada kemuncaknya.  Tingkahlaku yang baru tumbuh itu ialah tingkahlaku degil, suka membantah, dan tidak mudah menyahut suruhan dan permintaan orang lain. Sifat degil yang seperti ini adalah dicetuskan oleh perasaan bangga kepada diri sendiri atau oleh keinginannya hendak menunjuk-nunjuk dan menonjol-nonjol diri. Gadis-gadis di dalam peringkat ini sangat rumit; bila disuruh ke timur, dia ke barat dan bila dilarang dia membuat. Kalau ibu bapa telahpun menginsafi bahawa tingkahlaku degil yang seperti ini memanglah menjadi watak dari peringkat umur ini, maka tentulah mereka tidak merasa terlalu risau dan tentulah mereka akan melayani anak-anak perempuan mereka yang degil itu dengan lemah-lembut dan bijaksana.

Peringkat air mata

iaitu bila si gadis itu meningkat umur 17 tahun, maka tingkahlaku degil itu akan bertukar pula kepada tingkahlaku suka menangis. Dia akan menangis kerana sebab-sebab yang kecil. Pada waktu siang air matanya akan menguyupi bajunya dan pada waktu malam air mata akan membasahi bantal tidurnya. Dia menangis bukan kerana ditimpa duka dan bukan pula kerana mendendami seseorang, tetapi dia menangis kerana memikirkan jejakanya atau heronya. Boleh jadi jejakanya itu seorang pahlawan dalam impian dan angan-angannya sahaja dan boleh jadi juga jejakanya benar-benar sudah ada dalam dunia kenyataan iaitu pemuda yang tinggal berhampiran dengan rumahnya atau pemuda dari anak buahnya sendiri. Tegasnya air mata gadis yang menitis dalam peringkat ini bukanlah air mata sedih duka, bahkan air mata harapan dan cita-cita.


Peringkat sombong

 iaitu bila dia meningkat umur 27 tahun, maka air matanya akan berhenti menitis dan dia tidak lagi hidup dalam buaian angan-angan dan khayal yang liar. Pemikirannya sudah bersifat sungguh-sungguh dan praktik serta kebendaan. Dia selalu dilambung-lambung oleh perasaan sombong dan besar hati. Dia merasa dirinya seorang yang sudah cukup masak mengalami asam garam dan pahit getir hidup dan dia sudah cukup arif dan bijaksana. Kalau dirinya belum bersuami dan dilamar orang, maka dia akan menggeleng kepala tidak sudi. Si anu itu tidak layak jadi suaminya kerana tidak tahu jaga kesiapan dirinya. Si anu itu pula pendek dan pemalu seperti perempuan. Si anu yang satu lagi itu gajinya kecil. Anak perempuan si anu itu berakhlak lucah, sedangkan anak perempuan si anu itu cantik, tetapi sayang tidak tahu berhias, dan anak perempuan si anu yang satu lagi itu pula terlalu gemuk, betis pendek dan tidak berleher. Tegasnya semua orang lain itu tak ada yang kena, bahkan ada-ada sahaja cacat celanya.


Peringkat beranak


iaitu bila dia sudah meningkat umur 37 tahun maka sekali lagi dia berubah. Dia tidak lagi sombong dan besar diri. Dia sudah sanggup menerima suaminya biarpun tidak segak dan tampan, dan biarpun berbeza umur berbelas-belas tahun lebih tua darinya dan biarpun tidak berharta, pendek dan tidak lulus sekolah rendah dia sudah bersikap rela dengan apa yang dibahagikan oleh nasib dan takdir. Hatinya sudah dipenuhi perasaan kasih sayang kepada anak-anaknya. Biar berbual-bual dengan orang lain dia jarang sekali bercerita tentang keadaan suami atau rumahtangganya, bahkan segala perbualan dan percakapannya ditumpukan di sekitar keadaan anak-anaknya sahaja. Si Yusuf dapat nombor satu dalam kelasnya, si Aisyah pula tak suka minum susu dan si Majdi pula menggigit hidup sepupunya kerana enggan bermain bersamanya.


Peringkat serba salah

iaitu bila dia sudah meningkat umur 47 tahun, maka musim kesuburannya untuk beranak-pinak sudah tamat atau hampir-hampir tamat. Kebiasaan datang haidnya mulai lewat dan perlahan-lahan berkurangan dan akhirnya putus. Ketika ini meskipun hati kecilnya telah menginsafi bahawa dirinya sudah sampai di persimpangan jalan hidup dan sedang menuju ke arah umur tua, tetapi dia masih belum mahu mengakui kenyataan ini, dia kelihatan serba salah hendak melindungi hakikat umurnya, dia masih mengatakan umurnya 35 tahun. Kadang-kadang dia berusaha melindungi hakikat umurnya yang sebenar dengan memperhiaskan diri seperti perempuan muda.


Peringkat putus harapan

 apabila perempuan itu sudah sampai umur 57 tahun, maka satu perubahan baru akan dialami pula. Dia tidak lagi serba salah hendak melindungi hakikat umurnya, dia sudah sanggup menerima kenyataan. Tetapi dia sekarang ini sedang dilambung oleh perasaan putus asa kadang-kadang perasaan ini timbul dengan bentuk perasaan resah-gelisah yang tidak ada sebab dan alasan dan kadang-kadang pula dengan bentuk perasaan jemu dan bosan. Dia selalu bersungut keseorangan biarpun dia dikelilingi oleh anak-anak cucunya yang ramai. Dia merasa anak-anak buahnya tidak lagi perlu kepadanya dan kadang-kadang secara terang-terang dia merungut bahawa dirinya sudah jadi seolah-olah sampah yang tidak berguna lagi. Semua perasaan ini adalah semata-mata dihanyutkan oleh sangkaan-sangkaan yang karut-marut sahaja, sedangkan sebenarnya seseorang perempuan yang sedang dalam usia peringkat ini masih lagi dapat memberi khidmat baktu yang besar sama ada untuk masyarakat luar rumahnya atau untuk masyarakat anak buahnya. Dia lebih dikasihi dan lebih dirasa perlu oleh anak-anak buahnya dari ketika dia berumur 30 tahun.


www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...