Salam sejahtera
.
Dalam sebuah entri yang lepas, saya dah bincangkan general idea tentang melancap, atau onani. Kita semua faham yang ia telah menjadi suatu tabiat yang menjadi public secret dalam masyarakat kita, baik di kalangan lelaki, dan tidak terlepas juga di kalangan perempuan.
.
Saya juga percaya, walaupun ia menjadi suatu tabiat yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan, masih ramai di kalangan kita yang berusaha dengan bermacam cara untuk berhenti daripada tabiat ini. Bukanlah suatu yang mudah untuk berhenti daripada suatu nikmat yang sangat hebat. Tetapi ia tidak mustahil. Mari kita lihat apakah cara2 yang boleh dipraktikkan untuk berhenti melancap (atau onani)…kalau tak dapat berhenti pun, sekurang2nya dapat mengurangkannya:
.
1) Sibukkan diri
Sibukkan diri dengan bermacam-macam aktiviti dalam dan luar rumah. Kalau dalam bilik mandi, tiba2 terasa horny je, ambik penyapu tandas, basuh tandas. Mandi cepat2, lepas tu keluar. Tak pun bawak buku komik, baca sambil berak. Tak pun cari baju tak bergosok, pergi gosok. Tak pun pergi dapur basuh pinggan. Basuh kereta, cuci motor. Kemas rumah, vakum lantai, cuci porch, sapu sawang. Pendek kata…buatlah apa pun, asal kan sibuk.
.
2) Bersenam
Maksud saya tak perlu bersenam yang berat2, asal ada pergerakan aktif sikit2 pn memadai. Sebab bila kita buat macam tu, fokus kita akan lari daripada bernafsu kepada….kurang bernafsu. Lagipun secara saintifik, bila kita sedang bernafsu, jantung kita memang sedang mengepam laju untuk membekal darah kepada kemaluan kita. Jadi bila kita bersenam sikit, darah yang dipam hanya kepada kemaluan akan lebih tersebar ke seluruh tubuh, jadi penegangan atau ereksi kemaluan kita akan berkurang. Kalau anda sedang berada dalam tandas, sambil berdiri cuba rendahkan pinggang dengan bengkokkan lutut sikit (macam kuda2 dalam tai chi). Cara ni akan menyebabkan anda menegangkan otot peha untuk maintain berdiri separuh, jadi darah akan beralih ke otot peha.
.
3) Jangan bersendiri
Kurangkan masa anda berseorangan, kerana bila berseorangan otak akan mula berfikir macam2, dan akan mendorong anda buat macam2. Pastikan anda sentiasa ditemani roommate. Kalau ada pilihan, kongsi bilik dengan adik beradik.
.
4) Tonjolkan aktiviti anda kepada orang lain
Apa yang saya maksudkan ialah aktiviti berkomputer. Ini kerana banyak bahan2 rangsangan datang dari komputer…gambar, video, bahan bacaan…semuanya boleh didapati secara percuma dan mudah sahaja. Jadi pastikan anda meletakkan komputer anda di tempat yang mudah dilihat orang lain. Jika dulu anda duduk membelakangi dinding bila berkomputer, sekarang pusing 180 darjah. Jika dulu anda sering guna komputer dalam bilik, sekarang gunakannya di ruang tamu.
.
5) Guna taktik ‘lengah’
Setiap kali anda terasa mahukan kenikmatan dari tapak tangan anda, pujuk diri untuk tangguhkan aktiviti itu. Mula dengan tempoh penangguhan yang pendek dulu, contohnya 30 minit, sejam. Apabila sudah biasa dengan ini, panjangkan tempoh penangguhan, contohnya tangguhkan untuk sehari atau dua hari pula. Kemudian, panjangkan lagi kepada seminggu. Di saat ini, sudah pasti mudah untuk anda terus lupakan saja niat ‘bersetubuh dengan tangan anda’.
.
6) Conditioning
Di masa lapang, gunakan teknik yang psychologist guna untuk merawat masalah mental atau fikiran. Saya taktau apa nama dia, tapi saya panggil subject association. Yang saya tau, teknik ni biasanya digunakan untuk merawat penyakit fobia. Caranya ialah, dengan memikirkan sesuatu yang anda paling benci dalam dunia, dan apabila fikiran itu lekat di kepala, cepat2 tukar fikiran anda kepada fikiran anda sedang melancap atau onani. Maksud saya bukan sekadar fikir yang biasa2, tapi fikirkan dengan sedetail2nya. Bayangkan, secara visual, bunyi, bau…gunakan segala pancaindera anda bila memikirkan perkara baik dan buruk tersebut, dan gabungkan kedua2 subjek tersebut dalam satu fikiran. Perkara ini sama dengan teori operant conditioning dan classical conditioning. Sekiranya berhasil, anda akan benci melancap dan onani secara automatik. Ia memang susah, tetapi dengan latihan sudah pasti tiada yang mustahil.
.
8) Ihsan – melihat tuhan atau dilihat tuhan
Latih diri dengan sifat ihsan. Bayangkan apa yang kita buat, kita seolah2 sedang melihat Allah. Dan jika tak dapat, yakini bahawa Allah sedang melihat kita. Ini adalah teori. Ada lagi satu cara yang lebih mudah. Cuba bayangkan ada mata orang lain sedang skodeng anda di celah2 lubang apa2 yang ada dalam toilet atau bilik tempat anda melancap atau onani. Siapa yang normal pasti malu sedang melayan nafsu di tangan sendiri sedang beratus2 mata sedang melihat kiri kanan atas bawah kan? Jika anda sememangnya mempunyai tabiat suka amalan seks anda diperhatikan, boleh lupakan kaedah ini.
.
9) Dosa tempatnya api neraka
Dapatkan sebijik (taktau penjodoh bilangan dia) pemetik api. Ingatlah dosa itu tempatnya api neraka. Jika anda terasa kepingin melancap dan onani, ambil pemetik api tersebut dan panaskan jari kelingking. Pasti anda cepat2 mematahkan niat tersebut.
.
10) Kahwin
Kahwinlah kalau mampu! Tetapi…ini bukanlah jaminan bahawa seseorang akan berhenti melancap, kerana ada juga pasangan yang sudah berkahwin, tetapi tidak puas dengan kehidupan seks mereka, jadi mereka melancap. Jadi, bukan sekadar kahwin…tapi kahwinlah dengan betul dan mengikut sunnah!
.
11) Doa
Last but not least, saya sengaja letakkan point ini terakhir sekali. Bukan kerana ia paling tidak penting (bahkan ia adalah kaedah pertama anda patut lakukan), tetapi saya khuatir pembaca akan menganggap artikel ini sebagai suatu yang cliché dan menghidangkan tips2 dan petua yang cliché. Tentu sekali doa dan kebergantungan kepada Allah adalah kaedah pertama sekali bagi kita seorang Muslim dalam melakukan apa jua perkara dalam kehidupan kita. Ingatlah, berdoa kepada Allah menandakan kehambaan dan kekerdilan kita, dan Allah sukakan hambanya yang berlagak seperti seorang hamba.
.
.
Saya harap 11 tips ini sedikit sebanyak membantu anda dalam mencapai niat murni untuk berhenti atau sekurang2nya kurangkan aktiviti melancap dan onani.
.
Terima kasih.
Kredit to akunaknikah.com